Barang Kemas Di Met Gala 2023
barang kemas Met Gala 2023

Michelle Yeoh Pilih Barang Kemas Cartier Ke Met Gala 2023

Met Gala 2023 bukan sahaja dipenuhi dengan fesyen bermutu malah barang kemas juga mendapat kilauan paling indah!

Selalunya memang sudah menjadi kebiasan apabila ada acara karpet merah, pasti fesyennya yang menjadi tumpuan. Tetapi, di Met Gala bukan sahaja karya fesyen yang mendapat fokus utama malahan barang kemas juga mempunyai tempatnya sendiri. Bintang yang hadir ke Met Gala 2023 yang bertemakan Karl Lagerfeld: A Line of Beauty turut diperhiasi barang kemas yang paling indah. Ini antara bintang yang menyarung barang kemas termewah di acara Met Gala 2023.

BARANG KEMAS TERINDAH DI MET GALA 2023

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Michelle Yeoh – Cartier

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023, Tan Sri Michelle Yeoh memilih himpunan termewah dari Cartier. Beliau menyarungkan rantai dan subang Cartier [Sur]naturel High Jewelry serta cincin Étourdissant Cartier High Jewelry.