Use your ← → (arrow) keys to browse
Empat bintang Gen Z popular dari latar belakang berbeza – Timothée (pelakon), Billie (penyanyi), Naomi (pemain tenis) dan Amanda (penyair) dipilih untuk menyerikan malam Met Gala 2021.
Acara fesyen terbesar ini bakal menyaksikan Tom Ford, Adam Mosseri dan Anna Wintour, Ketua Editor Vogue sebagai tetamu kehormat Met Gala 2021 setelah tertangguh selama satu setengah tahun disebabkan pandemik Covid-19.
Pameran yang dinanti-nantikan itu akan merangkumi pelbagai acara yang meraikan fesyen Amerika. Bahagian pertama, In America: A Lexicon of Fashion akan dilancarkan pada 18 September 2021 dan berlangsung sehingga 5 September 2022 untuk meraikan ulang tahun ke-75 The Costume Institute dan menerokai perbendaharaan kata moden fesyen Amerika.
Bahagian kedua, In America: An Anthology of Fashion pula akan bermula pada 5 Mei 2020 dan akan menerokai perkembangan fesyen Amerika dengan mempersembahkan naratif yang berkaitan dengan lapisan sejarah yang kompleks. Ia juga akan berakhir pada 5 September 2022.