Use your ← → (arrow) keys to browse
Isnin pertama bulan Mei mungkin dianggap sebagai hari yang biasa bagi kebanyakan individu dunia ini. Namun itu bukanlah realitinya bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia megah nan mewah yakni dunia fesyen dengan Met Gala. Tema yang diberikan kepada para jemputan tahun ini adalah Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination. Tema yang menguji kebolehan golongan elit dunia fesyen untuk memberikan interpretasi mereka sendiri menggabungkan unsur agama dengan fesyen yang sebenarnya tidak sukar jika mereka tidak segan untuk berfikir dengan lebih luas dan get out of their comfort zone. It is the Met Gala for god’s sakes!
Lihat sahaja co-chair Met Gala 2018 Rihanna dengan dress Maison Margiela oleh John Galliano yang diinspirasikan oleh Pope Francis membuatkan dia tampak lebih regal. Atau Kate Bosworth yang kelihatan menawan dengan look Virgin Mary rekaan Oscar de la Renta. Klik seterusnya untuk melihat himpunan dress paling menawan buat Met Gala 2018.