Apabila Agama Bertemu Fesyen, Adakah Sejarah Bakal Tercipta?

Met Gala 2018, Heavenly Bodies: Fesyen dan Imaginasi Katolik

Sebelum ini GLAM melaporkan Met Gala 2018 pada 7 Mei ini akan menggabungkan fesyen dan agama sebagai tema mereka dan Metropolitan Museum of Art’s Costume Institute telah mengumumkan tema mereka secara terperinci yakni “Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination.”

 

Agama merupakan topik yang luas dan sensitif namun tujuan Costume Institute memilih tema ini adalah untuk mencetuskan perbualan antara fesyen dan karya seni keagamaan yang menakjubkan dalam koleksi arkib mereka termasuklah . Tema ini juga turut menyalurkan inspirasi daripada ikonografi dan “fesyen” Katolik.

 

Koleksi-koleksi seni ini bakal dipamerkan bermula bulan Mei di tiga buah lokasi berbeza: Anna Wintour Costume Center, galeri zaman pertengahan di Fifth Avenue, dan juga Cloisters.

 

Lebih kurang 150 karya seni yang bakal dipamerkan nanti termasuklah rekaan-rekaan berunsurkan agama daripada pereka-pereka ternama seperti Cristobal Balenciaga, Coco Chanel, John Galliano, Karl Lagerfeld, Givenchy, Christian Lacroix, Thierry Mugler, Raf Simons, Thom Browne, Gianni dan Donatella Versace, dan juga pakaian suci yang dipinjam daripada Sistine Chapel sendiri di mana pakaian ini tidak pernah di bawa keluar daripada kawasan Vatican sebelum ini menurutu Vogue.

 

See also
Eksklusif: Penggambaran Fesyen Margaret Zhang Bersama Gucci Di Milan

Kurator pameran ini juga, Andrew Bolton, menyatakan yang dia mengharapkan pameran ini boleh mencetuskan kontroversi dan dia juga menanti-nantikan bagaiman para jemputan akan memberikan interpretasi mereka sendiri kepada tema unik ini (we’re rooting for you Rihanna).

 

Selain itu Vogue turut mengumumkan tiga selebriti yang bakal menyertai Anna Wintour sebagai hos bersama adalah, Rihanna, Amal Clooney, dan Donatella Versace.