MET GALA 2016: GAYA TERHANGAT PILIHAN EDITOR FESYEN - Glam Malaysia

MET GALA 2016: GAYA TERHANGAT PILIHAN EDITOR FESYEN

Acara parti MET Gala kembali bertemakan Manus x Machina: Fashion In An Age Of Technology dan hamparan karpet merah diserikan dengan para jemputan. Masing-masing tidak kalah bergaya dan menyarungkan ceraian terbaik daripada gerobok fesyen mereka. Atau, direka khas oleh jenama mewah hanya buat acara ini. Mungkin tema ini berkaitan dengan mesin lalu membuatkan kebanyakan memilih palet berkilat dan metalik seperti Taylor Swift, Cindy Crawford dan Lady Gaga. Biasan cerita Mad Max seakan menjadi raja inspirasi mereka. Saya memilih 10 gaya terbaik daripada acara parti paling eksklusif ini!

 

 


1. ALICIA VIKANDER (LOUIS VUITTON)
Langkahnya seperti membiaskan watak wirawati yang bakal dilakonkan olehnya melalui filem Lara Croft.

 

 


2. ESTE HAIM, DANIELLE HAIM DAN ALANA HAIM (RODARTE)
Jika selebriti lain sibuk dengan ceraian siluet moden, namun ahli kumpulan Haim ini bijak hadir dalam sentuhan yang lebih romantik.

See also
Kempen Fossil Firsts Bersama Ji Chang Wook

 

 

LAUREN SANTO DOMINGO

3. LAUREN SANTO DOMINGO (GIAMBATTISTA VALLI)
Metalik serta juraian dalam satu gaya? mungkin hanya fashion girl ini sahaja yang mampu pull the look!

 

 

BRIE LARSON

4. BRIE LARSON (PROENZA SCHOULER)
Siluet segar daripada pentas musim bunga Proenza Schouler dijahit menggunakan fabrik dengan perincian penut payet.

 

 

T70689290_2M

5. ZOE KRAVITZ (VALENTINO)
Serahkan kepada pelakon genit ini untuk membawa rasa dramatik kepada acara karpet merah. Mask on!

 

 


6. FKA TWIGS (ATELIER VERSACE)
Wajahnya sahaja sudah memberikan rasa moden dan ditambah dengan gaun ringkas adi busana Versace ini melembutkan gayanya.

 

 

zendaya

7. ZENDAYA (MICHAEL KORS COLLECTION)
Mungkin sudah masanya untuk meletakkan Zendaya di dalam senarai selebriti bijak bergaya kerana dia sering mencabar diri dalam hal fesyen.

 

 

See also
Impian Krismas Sempurna Dengan Diamond & Platinum

Dakota johson

8. DAKOTA JOHNSON (GUCCI)
Hanya Gucci yang bijak memberikan rasa eksentrik kepada wanita dan lihat sahaja bagaimana Johnson tampil ringkas memukau dengan dress renda corak bintang.

 

 

emma watson

9. EMMA WATSON (CALVIN KLEIN COLLECTION)
Top bustier dimadukan dengan seluar serta train panjang menjadikan gaya Watson antara yang terbaik di karpet merah.

 

 


10. BELLA HADID (GIVENCHY BY RICCARDO TISCI)
All black! Gaya misteri yang disarungkan oleh Hadid ini membawa rasa sarat sensual jauh meninggalkan gaya kakaknya yang suram.