Louis 200: Menyelusuri 200 Tahun Louis Vuitton - Glam Malaysia

Louis 200: Menyelusuri 200 Tahun Louis Vuitton

Bagi orang ramai, Louis Vuitton mungkin hanyalah label fesyen mewah, namun disebalik kejayaan jenama ini adalah usaha dan revolusi yang dibawa tinggi oleh mendiang Louis Vuitton, pelopor utama dalam seni pembuatan bagasi dan pembungkus diraja. sehingga kini, bagasinya menjadi ikon utama orang ternama dan inilah kisahnya….

Cita-citanya cukup besar, tempat lahir Louis Vuitton tidak menjanjikan angan-angan yang dipasangnya menjadi kenyataan. Membuatkan dia sebulat hati mahu meninggalkan Anchay, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Jura. Tempat lahirnya terletak di timur Peracis. Dibesarkan oleh bapa, Xavier Vuitton yang kerjanya sebagai peladang. Ibunya, Coronne Gaillard pula pembuat topi. Keluarga sekelilingnya pula ada yang bekerja sebagai tukang kayu serta buruh kasar. Ia sedikit sebanyak memberinya ilmu yang mendalam tentang seni tukang kayu. Membuatkan Vuitton punya impian yang lebih besar, meninggalkan rumahnya dan memulakan langkah menjejak ke kota Paris.

LOUIS 200
LOUIS 200: POTRET LOUIS VUITTON KETIKA MUDA

Selepas kematian ibunya pada usianya menjangkau 10 tahun dan bapanya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudiannya. Dia ambil keputusan untuk keluar daripada rumah yang didiami oleh ibu tirinya. Usia baru 14 tahun, jiwanya sudah siap sedia untuk menjadi dewasa daripada angka itu. Dari Jura dia berjalan kaki menuju kota metropolitan, Paris yang menjanjikan pelbagai impian menjadi kenyatan. Sepanjang dua tahun dia berjalan kaki, banyak kerja yang telah dilakukan oleh Vuitton. Tiba di Paris pada 1837, dia terus menuju pada artisan Romain Marechal, seorang pembuat bagasi dan pembungkus yang terkenal pada era revolusi industri. Vuitton mahu menjadi perantis kepada Marechal dan penerus dalam pakar pembuatan beg bagasi juga tukang pembungkus.

LOUIS 200
LOUIS 200: LOUIS VUITTON DILANTIK SEBAGAI PEMBUAT BAGASI DAN PEMBUNGKUS DIRAJA BUAT EUGENIE DE MANTIJO

MEMBUKA PINTU DI NEUVE-DES-CAPUCINES

See also
Jangkaan Trend Fesyen Bagi Menjelang Tahun 2025

Selepas bertahun menuntut di bawah amatan Marechal, Louis Vuitton mengorak satu langkah untuk menggapai impiannya. Sejak dari Jura lagi dia sudah mahu membuka jenamnya sendiri. Pada 1854, masion pertamanya dibuka secara rasmi. Butik Louis Vuitton yang pertama terletak di 4 rue Neuve-des-Capucines. Yakni, berdekatan dengan Place Vandome yang mana merupakan lokasi paling mewah di Paris. Ada banyak rumah-rumah fesyen membuka butik mereka di sana. Termasuklah Charles Frederick Worth, seorang pereka fesyen adi busana yang cukup prolifik. Mendekatkan dia dengan golongan bangsawan yang menjadi klien utama buat Frederick Worth.

Tuahnya cukup indah tatkala Perancis bertukar raja. Eugenie de Montijo, isteri buat Napoleon Bonaparte memilih Louis Vuitton sebagai pembuat bagasi dan pembungkus diraja. Setiap item milik permaisuri ini disusun elok oleh Vuitton dalam beg bagasi yang direka olehnya. Lalu membuka lebih luas lagi rezeki dalam seni pembuatan bagasi dan pembungkusan. Untuk menjadikan dirinya terus diterima oleh kelompok atasan, Vuitton mula melancarkan banyak bagasi yang cukup moden. Louis Vuitton adalah antara yang pertama menyediakan bagasi dalam rekaan empat segi, agar lebih mudah untuk disimpan. Juga, baju-baju adibusana milik orang bangsawan  tidak lagi dilipat. Vuitton membuahkan idea baju untuk digantung pada beg bagasi berekaan empat segi itu.

LOUIS 200: BAGASI CORAK DAMIER PERTAMA KALI DIPERKENALKAN PADA 1889 DAN DIGUNA PAKAI SEMULA PADA 1996 SEHINGGA KINI

Selain revolusi dalam pembungkusan baju, Louis Vuitton juga menggunakan kemahirannya dalam mencipta fabrik tahan lasak. Gris Trianon diperkenalkan oleh Vuitton pada akhir dekad 1850-an yang mana bagasi ini menggunakan fabrik kanvas yang kalis air. Juga, penutup bagasi ini direka leper, agar boleh disusun dengan lebih senang dan mempunyai ruang simpanan yang lebih banyak. Perlu tahu sebelum ini banyak bagasi direka dengan penutup bujur, tidak praktikal buat mereka yang punya banyak bagasi dan ruang simpanan yang kecil. Vuitton juga mereka bagasi yang bukan berbentuk empat segi sahaja, agar mampu memenuhi permintaan klien yang mahu menyimpan barangan mereka seperti topi dan tayar. 

LOUIS 200: BAGASI LOUIS VUITTON MENJADI PILIHAN ORANG ATASAN SEBAGAI BAGASI KEMBARA MEREKA DEK KERANA REKAAN TAHAN LASAK

Louis Vuitton juga menjadi revolusi dalam penggunaan material tahan lasak. Buat pertama kalinya, kanvas bercorak Damier diperkenalkan menggantikan material kulit. Kanvas Damier ini lebih ringan serta tahan lasak. Ia juga tidak meninggalkan bau yang busuk sepertimana kesan kegunaan pada bagasi berfabrikkan kulit. Dengan perkenalan bagasi bersalut kanvas Damier ini, nama Louis Vuitton bukan sahaja popular di kota Paris, malahan menjadi tajuk utama di Rusia dan Mesir. Apatah lagi ketika itu sistem pengangkutan mula berkembang pesat. Maka banyak klien antarabangsa yang mahu menggunakan khidmat artisan Louis Vuitton. Terus dia melangkah maju dengan membina rumah tukang di Asnieres.

See also
Seni Bina Jepun dan Alam Semula Jadi Jepun Mewarnai Cruise 2018 Louis Vuitton

Baca Lanjut dalam GLAM Ogos 2021

Artikel Berkaitan: Birds In The City Taruhan Khoon Hooi Buat Wanita Riang