THE MAXIMALISM GUCCI GANG - Glam Malaysia

THE MAXIMALISM GUCCI GANG

Oleh: Yana Baharudin
 
No doubt, Gucci sudah mempunyai gaya estetik yang cukup kuat. Biarpun baru beberapa musim Pengarah kreatif, Alessandro Michele memperkenalkan sentuhan rekaannya kepada umum. Dia sememangnya pakar dalam menafsirkan seni visual terhadap kepelbagaian penggunaan fabrik, perincian malah dapat memberi koordinasi yang baik menerusi kombinasi warna dari palet lembut hingga terang. Siapa sangka jaket varsiti penuh labuci warna hijau, ungu dan percikan merah masih mampu memberi nafas mewah? Masih lagi tampil bersahaja biarpun diganding bersama dress bercetak harimau, berstokin renda, sarat aksesori beserta topi velvet? Ya, hanya Michele sahaja yang bijak meniup gaya eksentrik kepada wanita di Gucci. Maka itu, membuktikan mengapa hanya jenama ini sahaja yang layak memasuki ruang serambi Westminster Abbey di London bagi mementaskan himpunan cruise 2017 ini.
 

[soliloquy slug="gucci-cruise-2017"]
 
Sebanyak 96 looks dipentaskan petang tadi. Helaiannya banyak bermain dengan fabrik renda dari corak yang berbeza. Lalu perincian seperti pepaku tajam serta mutiara diperhangatkan sebagai butang dress sehingga menghiasi rata aksesorinya dan yang paling ketara adalah pada rekaan sandal hardwarenya. Beg tangan hobo juga turut diperkenalkan. Rekaannya ringkas namun diperhangatkan dengan sulaman haiwan yang sudah menjadi signatur kepada jenama ini. Musim ini, corak bunga cukup lantang digunakan. Bagaikan menyanjungi keindahan english garden Alessandro Michele turut menambah romantis pada elemennya. Malah bunga popi merah turut digunakan pada jaket bulu yang dipadankan dengan dress draped hitam. Ya, bunga ini turut sama digunakan bagi memperingati askar-askar British, juga yang dimakamkan di banggunan kaya sejarah ini. Bagi Alessandro Michele, dia cukup mencintai estetik yang terdapat dalam seni Inggeris. Keindahan serta kekuasan dalam gabungan lampau dan kini telah memberi inspirasinya langsung menjadi sebab mengapa dia kesini.
 
[soliloquy id="48146"]
[soliloquy slug="runaway"]
 

See also
Cara-cara Penjagaan Untuk Bibir Kering Anda