GLAM Exposé: Wanita Berusia Rebutan Lelaki Muda - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Wanita Berusia Rebutan Lelaki Muda

Dalam sesuatu perhubungan itu tidak semuanya indah-indah belaka. Pasti sesekali ada ombak yang melanda dan pahit yang perlu ditelan demi untuk menjaga sesuatu perhubungan daripada terlerai. It needs a lot of tolerance and effort to have a successful relationship. Cinta tidak mengira darjat mahupun usia. Apabila hati dua insan sudah bertaut itulah dinamakan cinta. Bercerita kisah usia mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa wanita berusia kini menjadi rebutan sang teruna.

Mereka ini bak Benjamin Button, semakin hari semakin cantik dan wajah dan tubuh tidak melambangkan usia sebenar mereka. Oh lihat sahaja selebriti Hollywood seperti Jennifer Lopez. Pada wajah dan tubuhnya seakan-akan tiada satu garis kedut. Badannya masih pejal dan montok persis gadis remaja. Bagaimana pula dengan Julianne Moore yang sudah hampir mencecah usia 60, she is still fabulous and definitely ageless! Begitu juga dengan Cindy Crawford, Angelina Jolie, Diane Lane and the list goes on.

Pada mulanya saya pun tidak percaya, tetapi apabila saya perhatikan kelompok golongan elit di Malaysia, memang ada yang berpasangan dengan lelaki yang jauh lebih muda daripada mereka. Kalau anak ikan itu tahulah saya, sekadar menghilangkan rasa sunyi kala Datuk, Datuk Seri keluar kota. Lagi-lagi kalau sang suami bermain kayu tiga, Datin-Datin sekarang pun sama naik, kononnya untuk membalas dendam. “Kalau Datuk umur 70 boleh dapat perempuan simpanan usia awal 20-an, kenapa isteri usia 50-an tidak boleh dapatkan anak ikan kacak berbangsa Iran usia awal 20-an juga? I masih bergetah okay!” Ujar mak Datin ini bangga di hadapan teman-temannya dengan teman lelakinya yang ditemui di gimnasium.

Okey itu isteri-isteri yang curang, tetapi ini cerita cinta yang terjalin antara perempuan berusia dan lelaki muda. Helo, perempuan 40-an sekarang bukan lagi macam makcik-makcik. Bahkan mereka ini jauh lebih cantik daripada anak dara. Penampilan diri rapi dijaga. Susuk tubuh kerengga. Mereka sentiasa berbau harum. Kata orang memang cantiklah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ini kisah sosialit berstatus janda ini yang sedang mabuk bercinta dengan lelaki muda. Usianya sudah mencecah 50 tahun tetapi dengan cara pemakaiannya yang seksi, body pun mantap tak nampaklah dia sudah berumur. Teman lelakinya berusia awal 30-an dan bukan calang-calang orang juga. Dia bekerja di syarikat gah dan lulusan universiti dari London. Ramailah anak-anak dara melepas apabila mak dara yang dikejarnya. Pasangan ini dipanggil ‘handsome couple’. Dan ramai yang ternanti-nanti kad jemputan perkahwinan mereka.

See also
Datin X: Ibu Minta Belas Ihsan Anak Selepas Diceraikan

Lagi kisah apabila pengakuan dari lelaki muda yang kini bercinta dengan bekas Datin. Menurutnya dia memang tidak boleh dengan perempuan muda. Mereka tidak matang dalam berkata-kata dan susah untuk puaskan hati. “I find that I’m attracted to a woman who has some degree of self-possession. I like the stimulation of a sharp intellect. I enjoy sitting down to dinner with someone who has a level of conversation I can appreciate and enjoy,” ujar lagi lelaki ini Dia juga rimas dengan sikap cemburu buta wanita muda dan tidak ‘adventurous’ di ranjang. Itu takut, ini takut. Jadi posisi itu terhad. Kalau dengan mak janda ‘berpengalaman’ orang kata, lipat sana, lipat sini semua boleh. Dan wanita lebih tua kebiasaannya lebih berani dan pandai melayan nafsu seks lelaki. Tak perlu diajar-ajar lagi. Sambung lelaki ini juga, perempuan muda terlalu fokus dan ambitious untuk memulakan keluarga, dan membayangkan untuk mencipta keluarga yang sempurna dan itu akan memberi lebih tekanan kepada sang suami.

Kata si teman saya, suami kepada sosialit terkenal di ibu kota ini juga menduakan isterinya demi untuk bersama dengan wanita yang lebih berusia. Sungguhpun si isteri dianggap sebagai influencer di media sosial dengan puluhan ribu pengikut, si suami berselerakan wanita yang usianya sudah mencecah lewat 40-an. Dan perselingkuhan antara suaminya dan perempuan sosialit berusia ini sepertikan sudah dihidu oleh ramai orang kerana mereka sering dijumpai bersama. Walhal si isteri sibuk memenuhi undangan majlis fesyen di ibu kota. Dan ada sumber yang memberitahu si isteri juga tahu, dan pernah mengamuk naik hantu tetapi si suami berhenti sekejap sahaja. Kasihan.

Lagi cerita apabila bekas mak Datin ini melakukan pemulihan vagina, mahu persis seperti anak dara. Katanya biarpun dia sudah menopause namun nafsu seks masih ada dan kerana itu dia membuat rawatan itu untuk bersama dengan bakal suaminya yang berusia lewat 30-an. Katanya sewaktu bersama dengan bekas suaminya langsung tidak thrill, lima minit sudah kecundang dan nafsu seksnya tidak pernah dipenuhi. Kerana itu dia minta cerai. Sempat dia berkata, “Kalau boleh dapat yang muda kenapa nak bersama si tua?”

See also
Cara Buat Haruman Berkekalan Sepanjang Hari

Lelaki yang berusia 32 ini mengahwini wanita ahli korporat berusia 43 ini percaya dengan pepatah usia hanyalah angka. Menurutnya isterinya cantik dan hebat di ranjang. Dan itulah yang perlu ada pada wanita. Bonus apabila isterinya juga berkedudukan. Jadi sesuatu perhubungan itu lebih stabil daripada segi kewangan. Senang cerita katanya berkahwin dengan wanita lebih berumur ini membuatkan hidup lelaki lebih mudah dan kurang bebanan. Mereka ini berdikari dan bijak mengatur kehidupan mereka.

Ada juga kes, yang sosialit ini memang sudah berusia dalam 40-an, tetapi masih bujang kerana tidak percaya kepada lelaki. Dia berkawan dengan temannya yang baru awal 30-an. Dalam pada persahabatan mereka itu, sosialit ini iri sekali dengan temannya yang mempunyai suami yang baik dan melayan kerenah si isteri. Senang cerita penyabarlah. Dan murah dengan senyuman. Melihat layanan yang sempurna itu, membuatkan dia dalam diam menggoda si lelaki itu. Mulalah setiap kali dia berkunjung ke rumah temannya, dia memakai baju plunging, skirt mini. Kebetulan badan sosialit ini memang cantik. Lama-lama sebaik-baik lelaki itu akhirnya kecundang juga dengan kecantikan sosialit ini. Dan kisah ini sudah lama berlaku. Persahabatan tadi berkecai dan sosialit ini dapatlah berkahwin dengan lelaki yang dia gilakan itu. Katanya dia tidak menyesal hilang kawannya kerana lelaki baik sukar dicari. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Di kala teman-teman seusianya sibuk menjaga cucu, dia sibuk menjaga anak.

Wanita yang mengusahakan bisnes katering ini sudah beberapa tahun bercerai. Pada awal perceraian dia tidak berasa sunyi sebab sibuk dengan bisnes dan cucu pertamanya tetapi lama-kelamaan dia berasa sunyi. Dia sering meluahkan rasa hatinya pada ibunya yang juga seorang balu. Mulanya dia fikir ibunya keberatan dia berkahwin lagi sebab takut hartanya akan dibolot suami baru tetapi apa yang didengar daripada mulut ibu memeranjatkannya. Ibunya sendiri menasihati dia mencari calon suami yang muda. Ibunya khuatir kalau anaknya kahwin dengan orang tua, nanti sakit dia sendiri sudah tua nak menjaga suami lagi dan menguruskan bisnesnya. Apabila berkahwin dengan lelaki muda dia akan menbangunkan perniagaannya bersama-sama dengan suami muda, dan kalau dia sakit boleh si suami tolong jagakan. Lebih mendatangkan keuntungan kepada anaknya. Mendengar nasihat ibunya di usia 48 dia berkahwin dengan lelaki berusia 29. Pada awal perkahwinannya ditentang hebat oleh anak-anak yang khuatir lelaki itu gilakan kekayaan ibu mereka tetapi dia pekakkan sahaja telinga. Baginya dia dia bukannya bodoh untuk memberi kekayaan hasil bisnes yang dibangunnya sejak muda. Dia hanya mahukan teman untuk berbual, berlibur bersama dan mengerjakan haji berdua bersama suami. Dia bersyukur kerana ternyata suami barunya rajin berkerja. Suami mudanya memiliki visi mahu membesarkan empayar kateringnya.

See also
Datin X: Datuk Simpan 'Anak Ikan'

Bekas mak Datin ini terang-terangan mengaku yang dia tahu bakal suaminya yang baru ini, (muda 20 tahun) mahu mengahwininya kerana dia mempunyai kewangan yang stabil. Katanya pada teman, “Kalau you muda dan cantik, tetapi asyik-asyik nak mengikis duit lelaki, mana-mana lelaki pun rimas!” Jelasnya lagi. Kata bekas mak Datin ini, asalkan lelaki itu beri nafkah batin, setia menemaninya juga mencintainya itu sudah cukup. Apa yang dia mahukan adalah rumah tangga yang penuh dengan rasa cinta kerana perkahwinan sebelumnya dengan Datuk selama 19 tahun tersangatlah hambar. Datuk malu nak pegang tangan Datin di hadapan orang apatah lagi nak romantik-romantik. Jauh sekalilah. Suaminya dulu nak ucap I love you pun susah. Ya, walaupun mereka dulu kahwin atas dasar cinta, tetapi cinta jika tidak dipupuk dan dibajai akan pudar dan seterusnya hilang begitu sahaja. Mereka hanya hidup berdua atas dasar suami isteri dan membesarkan anak-anak. Kini anak-anak mereka semua sudah besar panjang dan ada yang sudah berkeluarga. Bekas mak Datin ini pun punya perniagaannya sendiri, apa yang didambakan pada usia senjanya adalah cinta yang tidak pernah dia miliki selama tempoh perkahwinannya bersama Datuk. Hatinya remuk dan berkecai apabila mendapat tahu Datuk curang padanya. Datuk mempunyai perempuan simpanan dan lagaknya bersama perempuan simpanan bukan main romantis sedangkan apabila bersamanya Datuk keras macam kayu. Tak ada perasaan!

Siapa sangka hari ini walaupun wanita telah berusia mereka masih laku lagi. Mungkin benar ada yang berkata wanita berusia tampak cantik, matang, bijak dan juga hebat di ranjang. Faktor ini menjadi tarikan dan penyebab lelaki muda untuk jatuh di kaki wanita berusia. Pokok pangkalnya, apabila menjadi isteri, suami mendambakan isteri yang menyenangkan dan sejuk mata memandang. Apa yang penting perlu ada keserasian di antara suami dan isteri. Tua muda bukanlah ukuran kerana usia hanyalah sekadar angka semata.

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Februari 2018