Aura Marilyn Monroe Hidup Kembali di Las Vegas Prada

Marilyn Monroe Dihidupkan Kembali Oleh Violet Chachki & Sarah Paulson Buat Prada

Siapa sangka dua nama besar daripada dua rancangan TV yang digilai ramai kini disatukan dalam satu skrin atas nama fesyen? Aktres yang terkenal melalui kepelbagaian wataknya dalam siri American Horror Story Sarah Paulson berganding bahu bersama seorang drag queen yakni Violet Chachki pemenang rancangan realiti RuPaul’s Drag Race pada tahun 2015 telah dipetik oleh Miuccia Prada untuk kempen terbaru mereka yang sarat dengan old hollywood glamor.

 

Ini merupakan detik yang besar buat kedua-dua nama ini dan juga mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam dunia fesyen. Prada yang sering mengambil model-model terkini untuk membintangi kempen mereka juga tidak segan untuk mencuba sesuatu yang baru dengan mendekati barisan selebriti yang kena dengan jenama mereka.

See also
10 Gaya Anggun & Segak Di Anugerah Golden Globe 2023

 

Violet Chachki

Paulson yang sudah menempa namanya dalam industri Hollywood juga antara nama-nama besar yang sering mencuri perhatian ramai di atas karpet merah dengan fesyennya. Bagi Chachki pula, namanya melonjak tinggi semenjak dia memenangi RuPaul’s Drag Race dan terkenal dengan stail-stail beraninya in drag, ‘wanita’ ketinggian 183cm ini juga sering membuat penampilan sewaktu minggu fesyen, malah pernah berjalan untuk Moschino sebanyak dua kali.

 

Sarah Paulson

Menampilkan bintang utama mereka model Amanda Murphy, klip tersebut berlatarbelakangkan Las Vegas yang lengkap dengan lampu-lampu neon. Murphy dilihat sedang memandu dengan tenang sebelum dia bertemu dengan sekumpulan Marilyn Monroe yang diketuai oleh Chachki sendiri. Paulson kemudian membuat kemunculan sebagai seorang valet dan beberapa detik selepas itu dia bertukar pula menjadi watak yang lain. Chachki kemudiannya muncul kembali sebagai seorang gadis showgirl yang memukau Murphy sehingga dia sendiri bertukar seperti Chachki. Paulson kembali ke skrin namun kini sebagai the OG sex symbol Marilyn Monroe.

See also
Guna Ini Untuk Solekan Tahan Lama

 

“Las Vegas ini walau bagaimanapun hanyalah fiksyen, daripada contoh-contoh – balutan baldu merah, lampu berkilau, Tehcnicolor bercahaya, billboard dan kereta convertible. Realiti yang diolah semula. Sebuah mimpi neon,” penerangan mudah buat kempen mereka ini.