Manifesto Stella McCartney Kukuhkan Lagi Jenamanya - Glam Malaysia
manifesto stella mccartney

Manifesto Stella McCartney Kukuhkan Lagi Jenamanya

Sebanyak 26 artis seni dijemput oleh Stella McCartney untuk melahirkan art work yang mengikut manifesto barunya. Anjakan baru ini muncul dikala Stella McCartney dalam situasi lockdown. Huruf A hingga Z menjadi asas kepada manifesto ini. Impak azam ini bakal mempengaharuhi bagaimana syarikat ini berfungsi dari sekarang hingga ke tahun mendatang. Antara usul yang dipertengahkan oleh McCartney melalui A – Z adalah cara penghasilan produk, bagaimana mencarti sumber material serta bidang komunikasi diantara jenama dengan umum.

manifesto stella mccartney
P untuk Progressive oleh JR dan Ecole Kourtrajm
manifesto stella mccartney
Cindy Sherman memilih E buat Effortless

Setiap abjab mewakili misi baru dan 26 artis menghasilkan seni mereka mengikut abjab yang telah diberikan. Antara mereka yang dijemput adalah mendiang Erte yang mana menghasilkan seni buat huruf D yang khusus pada perkataan Desire. Linda McCartney, ibu kepada Stella McCartney yang juga merupakan jurugambar dipilih untuk membuat karya bagi abjab L dan perkataannya pula Love + Linda. Ada juga sahabat Stella McCartney seperti pasangan jrugambar duo, Mert & Marcus melancarkan karya seni M dengan kata Mindful.

See also
Gigi Hadid dan Skuad Fesyennya

Ibu kepada Stella McCartney menghasilkan karya L dengan tajuk Love + Linda
Hou Zichao asal China menghasilkan karya huruf J untuk Joy

Usulan progresif ini juga adalah medium buat Stella McCartney meraikan ulang tahun jenamanya yang ke 20 pada musim bunga 2021. Semarak manifesto Stella McCartney ini bakal menjadi pegangan buatnya dalam mencorak kisah sekarang dan masa hadapan. Usahanya yang terkini untuk mempersembahkan himpunan zero-waste dan kuantiti yang terhad, ia menjulang terus tentang kelestarian fesyen jenamanya.