Apakah yang lebih chic can kekal moden selain denim? Ia menunjukkan karakter yang lebih lasak, tapi ada daya seksi tersendiri. Meraikan citra ini, Louis Vuitton dengan gahnya memperkenalkan LV Monogram Jacquard Denim buat seleksi beg tangan ikonik mereka. Himpunan kali ini tidak memberi fokus pada hamparan material kulit mewah. Sebaliknya, meraikan material denim yang direka sendiri oleh artisan rumah fesyen ini.
Dauphine MM in Monogram Jacquard Denim navy blue
Beg ikonik Louis Vuitton seperti Speedy, Dauphine, Coussin, OnTheGo dan Loop dihasilkan menggunakan fabrik denim yang tahan lasak. Material ini terhasil melalui teknik tenunan jacquard khas buat koleksi ini. Ia berjaya menghasilkan fabrik denim yang lebih lembuh tapi dapat mengekalkan rona juga corak agar tahan lebih lama.
Onthego MM in Monogram Jacquard Denim navy blue
Mengekalkan nilai mewah Louis Vuitton, bahagian dalam beg dibiarkan dengan fabrik denim. Seakan mencipta drama beg yang mudah diterbalikkan. Juga menyerupai monogram luar bahagian beg LV Monogram Jacquard Denim.
Speedy 25 Bandoulièrein Monogram Jacquard Denim navy blue
Rona biru laut kekal menjadi palet utama himpunan ini. Tetapi, tiga item yakni Nano Speedy, dompet Zippy dan aksesori Micro Pochette dihasilkan menggunakan fabrik dalam rona merah jambu.