Louise Trotter Mengukir Jejak Baru Di Bottega Veneta - Glam Malaysia

Louise Trotter Mengukir Jejak Baru Di Bottega Veneta

Pemindahan Matthieu Blazy ke Louise Trotter kini pengarah kreatif baru yang dijangka membawa estetik yang berbeza kepada Bottega Veneta.

Kitaran dalam dunia fesyen yang tidak akan berakhir. Louise Trotter telah dilantik sebagai badan pengarah kreatif Bottega Veneta pada penghujung Januari 2025. Dikenali sebagai pereka fesyen British yang merupakan kekuatan kreatif di sebalik Carven. Sebelum menjadi pengarah kreatif di Carven, Trotter menghabiskan lebih empat tahun sebagai pengarah kreatif di Lacoste. Trotter antara figura paling berbakat dan memberi inspirasi dalam dunia fesyen. Kepakarannya dalam menggabungkan inovasi dengan gaya fesyen yang moden dan penuh keyakinan menjadikannya pilihan sempurna dan menandakan babak baharu yang menarik untuk Bottega Veneta.

Lembaran Kreatif Baharu Bottega Veneta Dibawa oleh Louise Trotter

Trotter telah membentuk dirinya sebagai figura penting dalam dunia fesyen kontemporari. Sifat realistik inilah yang menjadi ciri utama Trotter. Bermula di Whistles, beliau kemudiannya mengukir nama di Calvin Klein Jeans dan Gap, mengasah gaya yang berani dan moden yang terus memikat hati ramai. Keberaniannya dalam mencipta keseimbangan antara inovasi dan kehendak pasaran menjadikannya pilihan sempurna untuk memimpin perubahan di Bottega Veneta.

See also
Live Streaming : Bottega Veneta musim bunga/panas 2020

Perjalanan fesyen Louise Trotter telah membawanya ke puncak sebagai Pengarah Kreatif di Bottega Veneta. Sebelum memulakan babak baru di rumah fesyen ikonik ini, Louise telah menghidupkan semula Carven dengan visi yang penuh kreatif dan berani, menggabungkan elemen sporty, seni bina, dan feminitinya yang halus tanpa terperangkap dalam kesan manis yang berlebihan. Dalam koleksi pertamanya, beliau memperkenalkan anorak sutera besar dengan skirt sepadan, seluar pendek organza lutsinar dan skirt pensil yang dipadankan dengan jaket berstruktur serta kemeja butang, selain gaun putih drap strapless yang menyerupai kain cadar. “Saya suka pakaian yang membuatkan anda rasa seperti masih di tempat tidur,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini. Comfort. Penekanan kepada pentingnya rasa selesa dengan apa yang dipakai, daripada hanya menumpukan perhatian kepada penampilan.

 Trotter juga menjadi salah satu pengarah kreatif di Lacoste, Dalam koleksi pertamanya Musim Luruh pada tahun 2019, beliau menyuntikkan elemen elegan yang sederhana namun penuh kesan, mempersembahkan gaun sutera berlipat di bawah vest kabel oversized dan potongan pakaian yang tepat namun tidak berlebihan, sering kali dalam warna yang tidak dijangka (dan blok warna) serta bahan dan tekstur yang unik. Model-modelnya sentiasa memakai kasut rata: sneakers, loafers, sandal mandi, dan sebagainya, untuk menonjolkan kepraktisan yang melekat pada DNA jenama itu, Memantulkan sikap segar yang diperjuangkan oleh Trotter dalam pertunjukannya.

 “Trotter’s Carven looks like diluted Jil Sander by the Meier’s, which itself was a diluted Old Celine” “A great match!” “End of an era at Bottega.”

Perubahan pengarah kreatif ini tidak lekang sama sekali di ruangan komen. Dengan pengalaman luas dan keupayaannya menulis sejarah dan menghasilkan pakaian yang benar-benar diingini oleh para wanita, beliau merupakan penambahan yang tepat pada generasi baharu yang sedang mengubah dunia fesyen ke era baru.

Artikel Berkaitan: Minimalisme Radikal Balenciaga “The Zero” Koleksi 2025