Louis Vuitton Cruise 2022, Ini 10 Looks Yang Hangat! - Glam Malaysia

Louis Vuitton Cruise 2022, Ini 10 Looks Yang Hangat!

Nicholas Ghesquiere bagaikan bermain dengan ilham space age buat himpunan Louis Vuitton Cruise 2022 yang baharu dipersembahkan di lokasi Axe Majeur, luar daripada bandar Paris.

Memang jelas, Nicolas Ghesqueire ini jiwanya cukup moden. Walaupun bermain dengan cetusan idea daripada era lampau atau dalam pentas sarat dengan artifak klasik, dia tetap mahir melahirkan cetusan siluet yang cukup moden. Lari daripada bentuk rekaan yang normal. Tidak terkecuali buat himpunan pra-musim bunga 2022 yang dipertontonkan di luar Paris. Axe Majeur, satu lokasi seni kontemporari yang disimbah rona merah dengan jambatan sepanjang 3.2 kilometer dijadikan pentas buat Louis Vuitton Cruise 2022. Setiap peragawati jalan berlatarbelakangkan bandar Paris yang jauh di hujung jambatan.

Axe Majeur menjadi lokasi persembahan koleksi Louis Vuitton Cruise 2022

taruhan idea utama buat koleksi ini adalah untuk mencabar wanita Louis Vuitton berfikiran lebih bebas, boderless. Mungkin fikirnya sampai melintasi ruang langit, memberikan idea untuk meraikan semula era Spage Age yang cukup popular pada era 60-an. Maka, terhimpunlah dress yang singkat mengikut aliran gaya 60-an, selari dengan lokasi yang cukup retro dan kontemporari. Bubble dress ditambah dengan tali boleh laras atau berzip menguatkan lagi sensasi trend Space Age. Ghesquiere juga bermain dengan cetakan lunar pada dress dan oversized coat seakan memberi penghormatan pada dunia cakerawala. Ini memberi elemen lebih fun pada koleksi berpergian.

See also
Game On! Lea Seydoux Cabar Main Kad Louis Vuitton

10 LOOKS PALING HANGAT PILIHAN GLAM!

Pautan Berkenaan: Enam Tas Ideal, Tarikan Gaya Musim Baharu