Longchamp x Toiletpaper Tampil Seni Provokatif
Longchamp bekerjasama dengan toiletpaper dalam menghasilkan himpunan ikonik le pliage dengan menggunakan motif yang mampu menarik mata yang melihat.
Longchamp bukan lagi jenama yang dilihat tradisional. Kerana jenama beg ini makin maju dan tidak gentar untuk membawa keunikan pada para pecinta jenamanya. Banyak kolaborasi yang dijalankan bersama orang luar agar jenama ini terus kekal relevan. Terkini, Longchamp dengan berani memilih bekerjasama dengan Toiletpaper, duo yang cukup eksentrik. Melihat jalinan kreatif ini mungkin membuatkan kita mengerut dahi, tetapi hasilnya cukup memberangsangkan. Malah, menginjek nada lebih girang pada himpunan Longchamp x Toiletpapaer.
Toiletpaper adalah majalah yang dihasilkan oleh Maurizio Cattelan dan Pierpaolo Ferrari. Usaha mereka mahu menghasilkan seni yang tidak bosan mempunyai nilai kontemporari semasa. Lantas dizahirkan pada himpunan Longchamp x Toiletpaper. Koleksi ini mengabadikan imej yang cukup dekat dengan Longchamp serta menggunakan tas tangan ikonik mereka yakni Le Pliage. Imej yang diketengahkan cukup unik yakni roti baguette, anjing French bulldog, kuda dan leather pipe. Imej yang dicipta memberi satu provokasi dalam gaya harian.
Gambar yang dirakam di studio milik Toiltepaper di Milan menzahirkan imej yang hypereal serta mempunyai nilai jenaka. Salah satu momen unik adalah apabila Sophie Delafontaine, Pengarah Kreatif Longchamp meminjamkan pipe kulit milik datuknya yang diambil daripada arkib Longchamp khas buat buat projek ini. Apabila dipulangkan, ia mempunyai kesan gigitan daripada si anjing di set ketika gambar dirakam. Kapsul Longchamp x Toiletpaper mempunyai lima rekaan original dengan sorakan rona yang cukup membara. Daripada merah jambu, biru langit dan kuning mentari.
SEJENAK BERSAMA MAURIZIO CATTELAN DAN PIERPAOLO FERRARI, TOILETPAPER
Koleksi ini menampilkan lima motif penting Longchamp; bagaimana Toiletpaper memberi hembusan baharu pada himpunan ikonik ini?
Semua gambar yang dipilih buat Longchamp mempunyai elemen grafik yang cukup berani dan kami gemar memadukan visual yang cukup dekat dengan umum. Sesuatu yang kita lihat setiap hari sehingga ia menjadi benda yang mungkin dilupakan. Serta kami mainkan juga kod ikon Perancis yang mungkin tidak exciting agar ia nampak lebih hidup sekarang. Ada juga hembusan baharu kod daripada rumah fesyen ini.
Bagaimana pula setiap imej dihasilkan?
Kami lebih suka berada di set dan merakam gambar sendiri, ia sudah seperti satu hobi buat kami. Haiwan yang digunakan adalah daripada agensi profesional serta mempunyai karakter yang tersendiri. Seperti anjing yang menjadi bintang buat koleksi ini. Namanya M dan pernah dirakam buat majalah seperti Vogue serta M Le Monde. Manakala imej roti baguette pula terinspirasi daripada buku berkisar lanun dan Perancis terkenal dengan lanun! Dua idea ini disatukan dan terus terhasil a gentleman pirate.
Ada beg kegemaran daripada himpunan ini?
Beg yang berimej kuda dan beg yang bermotif baguette bersama tengkorak. Selain mempunayi estetik yang bagus ia juga cukup praktikal.
Artikel Berkaitan: Longchamp Hadirkan The Box-Trot Dalam Keberagaman Segar