Use your ← → (arrow) keys to browse
Koleksi barang kemas berlian usahawan dan bintang realiti, Kim Kardashian nampaknya kini semakin gah.
Dua hari lalu Kim membeli loket salib Attallah batu kecubung bertatahkan berlian dalam sesi lelong tahunan Royal & Noble anjuran Sotheby.
Dia membuat bidaan loket 5.25 karat itu dari awal dan berjaya memperolehinya pada harga RM850,628 dalam tempoh lima minit terakhir. Menurut Sotheby, jumlah itu adalah dua kali ganda daripada harga jangkaan.