Lontaran suara lunak nan unik menjadi kunci utama Dayang Nurfaizah terus mekar di gelanggang seni suara tanah air selama lebih 15 tahun. Anak kelahiran Sarawak ini juga cukup dikenali dengan fesyennya di karpet merah. Setiap penampillannya di acara prestij seperti AJL senantiasa dinanti-nantikan dan gayanya sering dicemburui. Memiliki cita rasa mewah dengan hanya memakai busana haute couture pereka tersohor Rizalman Ibrahim dan menggunakan khidmat jurusolek Khir Khalid untuk merias wajah nyata mencipta look A-List pada wanita ini kala di pentas.