Lima Idea Hadiah Dari BULGARI Buat Yang Terkasih
HARI KEKASIH BAKAL MENJELANG. SEMATKAN KASIH SAYANG ANDA MILIKI KEPADA ORANG-ORANG TERSAYANG DENGAN LIMA IDEA HADIAH BERHARGA DARI BULGARI UNTUK DIBERIKAN PADA HARI KEKASIH NANTI.
Februari ini, kita sudah memasuki bulan kedua tahun 2023 yang bererti merupakan bulan cinta. Bulan yang penuh kasih sayang. Merupakan masa yang tepat untuk menyambut kasih bersama yang tersayang. Suami, isteri, tunang, teman wanita, teman lelaki, dan apa jua hubungan yang sedang anda jalani. Tunjukkan seberapa besar kasih sayang anda miliki untuk mereka. Namun, sudahkah anda menemukan hadiah tepat untuk diberikan di Hari Valentine kali ini?
Semak lima idea hadiah dari BULGARI yang menjadi pilihan GLAM di bawah ini. A perfect gift for your loved ones.
SET SERPENTI VIPER
Rayakan momen termanis anda bersama pasangan dengan gelang dan cincin mewah Serpenti Viper yang baharu. Istimewa untuk si wanita yang bijak bergaya, juga sering meraikan setiap detik yang dilalui bersama adalah kesempatan untuk sesuatu yang luar biasa. Si wanita pasti tersenyum riang jika menerima hadiah set barang kemas ini. Rekaan klasik yang cukup mudah untuk digayakan dengan pelbagai penampilan pilihan.
BEG SERPENTI FOREVER EAST-WEST
Tas mewah persembahan BULGARI ini tentu akan menjadi kejutan istimewa untuk para kekasih wanita di hari penuh cinta kali ini. Jinjingan dengan siluet berbentuk tegas berwarna merah bercampur merah jambu ini hadir dalam balutan kulit anak lembu serta tali beg yang menawarkan elemen kefungsian yang tiada tara untuk dipadukan dengan gaya busana apapun.
SERPENTI POUCH
Dibuat dari material kulit anak lembu halus premium, berikan hadiah berupa pouch pada kekasih atau pasangan dengan pouch yang dihiasi warna lembut merah jambu. Yang begitu mempesona dan chic. Koleksi beg kecil yang istimewa dari BULGARI untuk hari penuh kasih sayang ini.
Semak dua produk BULGARI lain…