Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar - Glam Malaysia
Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar

Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

TAMPIL MENYERLAH DAN SEMPURNA DALAM PADANAN BEG TANGAN NUANSA MERAH UNTUK MERAIKAN GAYA KAMU SENDIRI PADA PERAYAAN LUNAR. SUNTIKAN UNSUR PERAYAAN YANG MERIAH, TENTU SAHAJA MENJADI ALASAN LIMA BEG BERIKUT MESTI DIBAWA KALA MERAYAKAN TAHUN LUNAR 2023.

LV X YAYOI KUSAMA CAPUCINES MINI

Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar

Melangkah ke tahun baru selalu mengundang pemikiran akan perubahan diri, sama ada bertekad dalam mewujudkan resolusi atau langsung membuka langkah baharu demi langkah baharu. Sesuai benar dengan ketibaan tahun baru Lunar pada bulan Januari, yang mana merupakan masa paling tepat untuk dapatkan beg tangan merah LV X Yayoi Kusama Capucines Mini.Ā 

Palet merah kembali berkilau dengan megah dan berani. Corak polka dot yang menonjol, melambangkan identiti seni Yayoi Kusama yang ikonik. Impresi dramatik dalam tampilan kontemporari memberi statement yang bold. Tas tangan ini memberi idea menarik bagi anda yang ingin menciptakan nuansa perayaan dalam sepanjang sambutan Lunar.

Corak psikedelik sebagai elemen yang eksentrik menaikkan seri sekiranya dipadankan dengan baju tradisional Cina.

See also
Datin Ezurin Yaacob

BOTTEGA VENETA

Cukup bergaya jika dipadankan dengan baju tradisional Cina anda. Jika anda memilih cheongsam sebagai pilihan gaya pada hari pertama Tahun Baru Cina, mengapa tidak tingkatkan gaya dengan paduan beg Bottega Veneta serba merah ini. Mengolah kreativiti dengan beg tangan merah sebagai penunjang gaya yang memikat.

Ukuran beg yang bersaiz medium, memberi kemudahan untuk menyimpan segala keperluan saatnya berkunjung ke rumah saudara atau teman. Cara membawanya juga cukup chic. Konstruksi beg yang tegas, melambangkan keberanian, optimis, dan inklusiviti. Bukankah spektrum itu yang kita semua perlukan untuk menapak tahun baru?

FENDI

Lima Beg Merah Untuk Fesyen Tahun Baru Lunar

Koleksi Lunar ini mengambil inspirasi dari reinterpretasi logo FENDI Roma yang direka oleh Marc Jacobs sekaligus untuk merayakan ulang tahun ke-25 BagutteĀ® bag. Reinterpretasi logo FENDI Roma oleh Marc Jacobs ini muncul dalam koleksi pakaian dan aksesori yang menarik perhatian.

Warna putih dan merah yang menonjol dan melambangkan warna tahun baru Lunar menjadi warna pilihan yang paling dominan muncul dalam koleksi kapsul ini. Sudah tentu tak disangkal lagi, warna-warna ini melambangkan simbol keberuntungan dan kegembiraan. Maka itu, sesuai benarlah dibawa pabila menyambut perayaan Lunar bersama yang tersayang. Harus kekal chic bukan?

See also
Solekan "Over-the-top" Daripada Paris Fashion Week Anda Patut Cuba

Artikel berkaitan: Koleksi Istimewa FENDI Rayakan Tahun Baru Lunar 2023

Semak dua beg tangan merah lain pilihan GLAM…