Lily-Rose Depp Membintangi Kempen Jam Tangan Chanel Première Sound - Glam Malaysia

Lily-Rose Depp Membintangi Kempen Jam Tangan Chanel Première Sound

Jenama Chanel kini mempersembahkan Lily-Rose Depp sebagai wajah Kempen Jam Tangan Première Sound baharu yang cukup anggun lagi mewah.

Dalam kempen jam tangan Premium Edisi Original terbaharu ini, penampilan keanggunan moden Lily-Rose Depp melengkapkan kempen jam tangan itu dengan sempurna. Lily-Rose Depp yang sering kali menjadi wajah Chanel, kini menjadi muka depan buat Kempen Jam Tangan Première Sound yang merupakan usaha sulung rumah couture itu dalam pembuatan jam tangan. Ia adalah gabungan yang menyuntik elemen kefungsian dan seni objek reka cipta Chanel.

Keanggunan Jam Tangan Première Sound Chanel Yang Bergaya

Pertama kali dicipta pada tahun 1987, kali ini, jam tangan Première Sound ini menampilkan jam tangan yang cukup timeless dan moden. Ia menggabungkan item-item ikonik rumah Chanel bersama. Bentuk octagonal yang diilhamkan oleh penutup botol minyak wangi Chanel No.5 dan gelang fleksibel yang diinspirasi oleh beg berantai Chanel, diinjek lalu menghasilkan jam tangan yang cukup fashionable. Ia merangkumi semangat kebebasan dan keberanian yang unik buat jenama ini.

See also
GLAM Akses: G-Dragon Bersiap ke Chanel Cruise 2023

Daya tarikan Première Sound melangkaui estetikanya yang bergaya, di mana ia juga terletak pada teknologi terkininya. Jam tangan canggih ini memaparkan kefungsian gelang yang berubah menjadi rantai dan apa yang lebih menarik lagi adalah ia direka khas dengan kefungsian fon telinga. Teknologi bersambung dengan satu klik ke telefon pintar (Apple, Android atau mana-mana peranti audio), menyampaikan bunyi berkualiti tinggi sambil memastikan pengalaman mendengar yang mengasyikkan tanpa gangguan bunyi luaran. Fon telinga ini juga dilengkapi dengan mikrofon dan alat kawalan jauh untuk menyelaras kelantangan suara seperti menjawab panggilan telefon dan mengawal balik audio serta video, lantas menjadikan jam tangan ini penuh bergaya dan kekinian.

Dalam kempen jam tangan ini, model dan pelakon Lily-Rose Depp menyinari kempen jam tangan ini yang diarahkan oleh Inez & Vinoodh. Kempen ini merakamkan kejelitaan Lily-Rose Depp dalam apartmen mitos Gabrielle Chanel di 31 rue Cambon di Paris, dan berlatarbelakangkan tempat perlindungan bertingkat, jam tangan Première Edisi Original yang membangkitkan warisan rumah fesyen Chanel dan kepekaan kemodenan.

See also
Eksklusif: Penggambaran Fesyen Margaret Zhang Bersama Gucci Di Milan

Artikel Berkaitan: Pameran Fesyen Manifesto Gabrielle Chanel di Victoria and Albert Museum