Twal merupakan jenama kasut lokal yang terkenal dengan manik dan lace pada kasut mereka. Jika anda mencari kasut yang kelihatan cantik pada pandangan pertama, Twal adalah pilihan yang tepat. Perincian manik dan penggunaan lace pada kasut jenama ini sungguh menakjubkan! Setiap pasang daripada Twal, semestinya sangat sesuai dipadukan dengan apa jua jenis baju raya pilihan anda.