Lengkapi Gaya Dengan Koleksi Kasut Raya Baru - Glam Malaysia
Lengkapi Gaya Aidilfitri Dengan Koleksi Kasut Raya Baru

Lengkapi Gaya Dengan Koleksi Kasut Raya Baru

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sudah pasti anda mahu penampilan raya yang cantik untuk diraikan bersama keluarga dan sanak-saudara. Namun, Aidilfitri menjadi tidak lengkap tanpa memiliki kasut raya baru!

Musim perayaan hampir menjelang tiba! Selain baju raya yang sibuk dibeli-belah, kasut juga menjadi pelengkap look buat mereka yang menyambut musim perayaan bulan Syawal ini. GLAM menampilkan senarai koleksi kasut raya terkini yang anggun untuk anda miliki.

Koleksi Kasut Raya 2023

NELISSA HILMAN

Lengkapi Gaya Aidilfitri Dengan Koleksi Kasut Raya Baru

Foto: Nelissa Hilman

Terkenal dengan mereka kasut yang meraikan wanita, Nelissa Hilman mencipta kasut yang sempura dengan memberi penekanan reka bentuk yang klasik dengan keremajaan yang tersendiri. Tahun ini, anda boleh dapati kasut raya yang anggun dengan batu berlian buatan yang mampu menyinari hari raya anda! Jenama ini turut menyajikan kasut tumit tinggi dengan reka bentuk bertali dan pilihan warna metalik sebagai esen dalam koleksi eid 2023 mereka.