Legendary Legacy Tiffany & Co. Jadi Pameran Ikonik Di Bangkok

Tiffany & Co. Membuka Pameran Sarat Lagenda Di Bangkok

Pameran Legendary Legacy oleh Tiffany & Co. buat julung kali hadir di Bangkok, mempersembahkan rekaan Jean Schlumberger dan Tiffany Diamond yang ikonik. Temui warisan hampir 200 tahun seni dan kecemerlangan rekaan dalam suasana eksklusif.

Bangkok kini menjadi pentas bagi satu perayaan seni dan kemewahan apabila Tiffany & Co. memperkenalkan Legendary Legacy: A Tiffany & Co. Exhibition. Pameran pertama rumah perhiasan mewah ini di Thailand. Dibuka di One Bangkok, Tower 4 sehingga 7 September 2025, pameran ini menandakan babak bersejarah buat Tiffany & Co. yang membawa warisan hampir dua abad ke Asia Tenggara.

Legendary Legacy Tiffany & Co.

Jean Schlumberger

Mengapa Bangkok? Kota ini dipilih bukan sahaja kerana statusnya sebagai ibu kota budaya yang dinamik, tetapi juga kerana komuniti pengumpul dan pencinta seni barang kemas yang semakin berkembang. Dengan warisan reka bentuk yang berpaksikan ketukangan halus dan simbolisme budaya, Bangkok menawarkan latar sempurna bagi mempersembahkan karya agung Tiffany & Co. dan pereka legenda Jean Schlumberger.

Legendary Legacy Tiffany & Co.

Kerongsang Milik Diana Vreeland

Pameran ini membawa pengunjung menelusuri lima ruang penceritaan yang menghidupkan imaginasi Schlumberger. Bermula dengan Guadeloupe: An Island of Inspiration, penonton diperkenalkan kepada bagaimana alam semula jadi Caribbean menjadi sumber inspirasinya. Seterusnya, Garden of Imagination menyingkap rekaan flora dan fauna penuh fantasi, termasuk Elephant Head Clip—sebuah karya berpermata zamrud, turquoise, dan enamel, diinspirasikan dari perjalanannya ke Asia Tenggara.

See also
About Love Menjadi Taruhan Terkini Tiffany & Co.

Di ruang The Depths of Beauty, kreativiti Schlumberger terhadap lautan dizahirkan melalui mahakarya seperti Hedges and Flowers Necklace, dengan 22 batu nilam kuning yang diserikan bunga turquoise. Bahagian Wings: Symbols of the Soul pula meraikan keghairahannya terhadap transformasi dan penerbangan, simbol kebebasan yang abadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiffany & Co. (@tiffanyandco)

Kemuncak pameran ini tidak lain adalah Tiffany Diamond, sebutir permata kuning seberat 128.54 karat yang buat pertama kali dipamerkan di rantau ini. Ditemui pada tahun 1877, permata ini telah melalui lima reka bentuk berbeza, termasuklah versi terbaharu yang diinspirasikan daripada ikon Schlumberger, Bird on a Rock. Reka bentuk terkini ini dihiasi lima ekor burung bertatahkan berlian, dengan hampir 2,000 jam ketukangan diperlukan untuk menyempurnakannya.

Kerongsang Tiffany Diamond Bird on a Rock

Anthony Ledru, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Tiffany & Co., menegaskan: “Legendary Legacy meraikan 188 tahun sejarah Tiffany & Co. serta rekaan ikonik Jean Schlumberger, seorang artis abad ke-20 yang penuh visi. Setiap karya yang dipamerkan bukan sekadar perhiasan, tetapi sebuah kisah tentang kreativiti, keindahan, dan warisan yang abadi.”

Lebih 50 karya asli dari The Tiffany Archives dipamerkan, termasuk Big Bird Clip, Fleur de Mer Clip, dan Trophée de Vaillance yang pernah dimiliki ikon fesyen Diana Vreeland. Setiap satunya membuktikan dedikasi Schlumberger dalam mencipta perhiasan yang tidak sekadar meniru alam, tetapi mentafsirkannya melalui lensa surealisme, fantasi, dan emosi.

Kempen Tiffany & Co. pada 1987

Buat mereka yang menghargai kemewahan yang penuh makna, inilah saatnya untuk menyaksikan sejarah hidup dalam bentuk paling berkilau. Tempah lawatan anda melalui exhibition.tiffany.com atau akaun rasmi Tiffany & Co. Thailand di LINE, dan biarkan diri anda dibawa ke dunia di mana seni, warisan, dan keindahan bertemu dalam satu pengalaman yang tiada bandingan.

See also
Siluet Genius Di Marni

Artikel Berkaitan: Kemilau Tiffany & Co. Serlahkan Gaya Selebriti Di Cannes 2025

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.