Jiwa Wanita Moden Diraikan Oleh Roger Vivier Koleksi Bunga/Panas 18

Legasi Timeless Roger Vivier Memartabatkan Jiwa Wanita Moden

Indah Jonasson (kiri) mengenakan tas Viv' Cabas Shirting Mini (RM12,786) dan Podium Chipslette West Sandals T.50 (RM4,750)
Raja Jesrina mengenakan Chipslette West Sandals T.10 (RM4,500)

Mempersembahkan koleksi musim bunga/panas 2018 sewaktu Minggu Fesyen Paris tahun lalu, Roger Vivier sekali lagi membuktikan kenapa mereka antara peneraju sepatu wanita yang disegani. Memahami kehendak wanita sejak tahun 1930, Roger Vivier meneruskan legasinya dalam mengangkat martabat wanita melalui rekaannya. Dengan koleksi musim bunga/panas 2018 ini, Pengarah Kreatif Roger Vivier memastikan  mereka yang menghadiri acara istimewa itu berpeluang untuk menjiwai semangat yang diterapkan ke dalam setiap ceraian.

 

Rekaan Roger Vivier melambangkan sifat feminin seorang wanita dan pada masa  sama kekuatan yang ada pada wanita RV yang dizahirkan melalui sepatu ikonik mereka yakni kasut tumit Choc mereka. Koleksi yang sarat dengan rekaan moden ini juga bermain dengan rona-rona terang sebagai visi segar  untuk mengikut peredaran masa dan juga evolusi wanita.

 

Mewakili wanita-wanita berkarisma dalam era moden ini, GLAM menjemput dua usahawan wanita berjaya Raja Jesrina Arshad, pengasas PurelyB, dan Indah Jonasson dengan Kids Lounge Sdn Bhd sebagai wanita zaman moden yang menjiwai semangat wanita Roger Vivier.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

GLAM: Penampilan diri adalah amat penting buat mana-mana ahli perniagaan. Bagaimana koleksi terkini Roger Vivier membantu golongan wanita mempersembahkan diri mereka?

RJ: Apa yang suka akan koleksi Roger Vivier ini adalah setiap ceraian memberi aura elegan. Setiap satunya juga kelihatan timeless. Konsep untuk kelihatan profesional memainkan peranan penting dalam menentukan persembahan diri seseorang itu dan Roger Vivier memberikan keseimbangan itu.

 

IJ: Ya. Penampilan diri amat penting bagi saya kerana saya sering berjumpa dengan klien yang membabitkan kanak-kanak dan saya  mereka mempunyai tanggapan yang saya seorang usahawan dan pada masa sama seorang ibu.