Legasi Mewah SUEN Jewellers Kini 15 Tahun
SUEN Jewellers, butik barang kemas mewah pelbagai jenama yang terkemuka di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-15 pada tahun ini.
Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Lee Sze Suen, SUEN bermula sebagai sebuah butik kecil di Bangsar dan kini telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai, terkenal dengan kualiti, layanan peribadi dan kurasi barang perhiasan yang penuh gaya dan makna.
Koleksi ekslusif ulang tahun ke-15

Cadillac Diamond Necklace
Bagi memperingati pencapaian ini, SUEN melancarkan dua koleksi edisi khas yang eksklusif. Koleksi Berlian Cadillac mengetengahkan reka bentuk berani dan elegan, dengan berlian potongan Cadillac yang unik, simbol kepada kekuatan dan keyakinan SUEN sebagai peneraju industri. Koleksi ini dilengkapi dengan gelang FOPE Flex’it edisi khas, hasil kerjasama bersama jenama Itali terkemuka, FOPE. Dihiasi dengan berlian Cadillac dan ukiran “SUEN 15”, gelang ini meneruskan tradisi SUEN dalam membawa rekaan kontemporari yang inovatif dan boleh dipakai setiap hari.

FOPE Flex’it
Selama 15 tahun, SUEN telah membina reputasi sebagai butik yang mengutamakan hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Ramai yang datang bukan hanya untuk membeli barang kemas, tetapi untuk mencari sesuatu yang melambangkan kasih sayang, kekuatan dan warisan peribadi. Kini, SUEN mewakili lebih 10 jenama antarabangsa termasuk FOPE, Damiani, Giorgio Visconti, Palmiero, Hodel Switzerland, Nanis dan Mariani yang semuanya dipilih berdasarkan kualiti dan kepercayaan bersama.
Dengan butik utama di Bangsar dan terkini dibuka di SEIBU The Exchange TRX, SUEN terus mengekalkan piawaian antarabangsa sambil menampilkan sentuhan identiti Malaysia. SUEN Atelier, yang diterajui oleh pakar batu pertama bertauliah dan tukang emas berpengalaman, menawarkan khidmat reka bentuk tersendiri dan pembuatan mengikut piawaian Eropah. SUEN juga telah mengekalkan pensijilan ISO dalam Reka Bentuk, Pembuatan dan Runcit selama 13 tahun berturut-turut.

Kini, dengan penglibatan anak kepada pengasas, Chan Wey Yie, SUEN bersedia untuk meneroka masa depan yang lebih gemilang. Antara perancangan akan datang termasuk pelancaran koleksi bertemakan Chinoiserie – The Orient, serta pengembangan The Love Diamond, yang disasarkan kepada generasi muda yang mengutamakan kualiti dan nilai yang berkekalan.
Di sebalik semua usaha itu, SUEN kekal setia kepada misinya iaitu menghasilkan dan mengkurasi barang kemas serta batu permata yang luar biasa, demi mencipta detik bermakna dengan kualiti dan seni tanpa kompromi.
Artikel Berkaitan: Ariana Grande Menggayakan Barang Kemas Bertatah Bak ‘Wicked’ untuk Swarovski
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

