Legasi Fesyen Michelle Obama Kekal Selamanya - Glam Malaysia

Legasi Fesyen Michelle Obama Kekal Selamanya

Walaupun era Obama sebagai Presiden Amerika ke-44 bakal berakhir tidak lama lagi, legasi fesyen Michelle Obama pastinya akan diingati generasi yang akan datang!

 

 
Michelle Obama baru-baru ini mengenakan sepasang busana sutera mewah ke acara Presidential Medal of Freedom. Stail gaun rekaan Dries Van Noten tersebut diambil nota kerana ia kian membuatkan First Lady ke-44 kelihatan sungguh chic dan bergaya, seperti biasa!

 

 First Lady jelita itu pernah memakai gaun yang sama ke sebuah sidang kemuncak pendidikan di Qatar musim luruh lepas. Kali ini, Michelle mememberikan gaun tersebut nafas yang baharu bersama aksesori dan tambahan baru!
 
Beliau mengenakan gaya rambut bun rendah, berkontra dengan gaya rambut ber-volume pada tahun lepas. Walaupun beliau menggunakann sepatu emas yang sama, karakter gaun tersebut dicerminkan dengan gaya yang amat berbeza!

 

Tinggal beberapa hari sahaja sehingga keluarga Obama meninggalkan White House, but Michelle’s fashion game is not (never) slowing down!

 
 

See also
Memo GLAM: See Now, Buy Now?

Oleh: Aizat Azman Shah