La Prima, Ekspresi Baharu Giorgio Armani - Glam Malaysia
La Prima, Ekspresi Baharu Giorgio Armani

La Prima, Ekspresi Baharu Giorgio Armani

Wanita sekarang mahukan tas yang praktikal, bukan stail semata. Kefungsian merupakan faktor utama dalam pemilihan beg. Faktor stail menjadi pertimbangan yang kedua. Maka itu, Giorgio Armani menghadirkan koleksi aksesori kulit sewaktu pementasan koleksi musim bunga/panas 2021 yang lalu. Aksesori kulit yang dimaksudkan ialah rangkaian tas tangan Giorgio Armani La Prima yang mencemerlangkan kefungsian, diperkayakan siluet yang moden dengan penggunaan material kulit bermutu.

Rekaan La Prima yang pertama pernah dikeluarkan Giorgio Armani pada era ’90-an, dan ia dikembalikan semula dengan inspirasi dan inovasi yang lebih baharu. Segar dan dalam bentuk yang beragam, serasa muda. Inspirasi baharu ini mengekalkan aspek-aspek yang mendasarinya, pun begitu diperkukuhkan lagi dengan seni pertukangan yang memfokuskan ketelitian. Sebagai lanjutan kepada rangkaian beg silang, terdapat tiga rekaan yang ditawarkan oleh Giorgio Armani La Prima yang baharu untuk musim bunga 2021. Reka bentuk yang bervariasi diperkenalkan untuk memenuhi keperluan wanita yang berbeza-beza.

Giorgio Armani
Giorgio Armani

Sentuhan akhir yang moden berpadu dengan desain klasik La Prima, yang tak lekang dimakan zaman. Wajah baharu ini juga mengukuhkan ‘versatility’. Menambah satu lagi opsyen gaya yang boleh digayakan untuk memancarkan pesona diri yang unik.

See also
Ayuh Tengok Penampilan Selebriti di Sukan Olimpik Paris!

Mengukuhkan lagi faktor kefungsian, dedikasi musim ini, Giorgio Armani La Prima dilengkapi dengan beg tote yang memiliki dua pemegang. Terdapat dalam reka bentuk medium dan besar, yang boleh dizip serta dikunci melalui ‘padlock’ yang bersifat klasik. Beg tote ini direka khas buat golongan wanita yang bekerja, pada masa sama giat menguruskan urusan peribadi. Without going out of style. Tiap aksesori terkandung tersedia dalam spektrum warna yang memikat, seperti biru avio, azalea dan merah jambu. Pendekatan warna-warna terang, biasan pop, memunculkan aksen yang moden, namun berbentuk klasik.

Desain beg silang sengaja dibuat untuk membebaskan penggunanya dengan tali yang cukup panjang untuk digantungkan pada bahu. Atau disilang pada dada, yang memperlihatkan bentuk atau gaya streamlined dan garis jelas bersih, yang sememangnya simbol stail wanita masa kini.

Teknik pembuatan La Prima amatlah teliti. Jahitan sartorial yang kemas dan penuh seni, melambangkan evolusi pertukangan ‘Made in Italy’. Langsung, mengekspresikan kemewahan Armani dalam setiap reka ciptanya.

Giorgio Armani

Artikel berkaitan: Serpenti Viper Bvlgari Beri Sengatan Baru!

See also
6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari