La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith - Glam Malaysia

La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith

La Gaia Collection, sebuah koleksi berlian hasil kolaborasi indah Diamond & Platinum bersama pereka tempatan terkemuka, Nurita Harith, bersempena Hari Raya tahun ini.

Pastinya semua wanita ingin kelihatan ekstra istimewa di pagi Raya, menyarung anggun busana tradisional bersama padanan barang perhiasan diri yang mewah lagi glamor. Berlian adalah padanan paling cocok sekali untuk digayakan pada hari indah ini. Bersama Diamond & Platinum yang mencipta koleksi terkini, La Gaia, GLAM kongsikan aksesori terbaik mereka untuk anda miliki. 

Siapa sahaja yang tidak mengenali pereka tersohor Nurita Harith. Jenamanya yang mengetengahkan keanggunan wanita dalam setiap siluet membuatkan koleksi kolaborasi ini cukup unik dan istimewa. Ini dapat disaksikan menerusi setiap rekaan perhiasan di dalam La Gaia Collection ini. Pemilihan rekaan swirling curves, droplets juga antara gaya signatur dalam koleksi ini. Tampil dengan 6 aksesori, antaranya adalah anting-anting, rantai juga gelang tangan.

La Gaia Collection Pilihan GLAM di Hari Lebaran

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
See also
Perhiasan Barang Kemas di Hamparan Merah 2015

#1 Anting-Anting Diamond Wreath 

Cukup versatil, anting-anting ini adalah representasi gaya glamor sebenar. Boleh digayakan dalam tiga stail berbeza. Sama ada sekadar ingin menyarung sebagai anting-anting stud, ataupun padankan sekali dengan gelungnya. Namun gelung tersebut boleh digayakan baik di bahagian depan cuping telinga mahupun di belakang. Direka pula daripada butir emas putih 18K, 84 keping tatahan berlian digunakan bagi menyelubungi rekaan ini.