Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain beberapa tas tangan klasik Birkin dalam rona hitam dan aneka warna, dia turut memiliki Birkin kulit buaya yang boleh didapati di laman web konsainmen, The Real Real pada harga RM1.6 juta – hanya untuk satu beg!
Menerusi satu video YouTube, Jenner menyatakan Birkin rona hitam dan cetakan Dalmation merupakan antara kegemarannya. Birkin mini merah jambu pemberian kakaknya, Kourtney Kardashian juga mempunyai makna istimewa.
“Ini pemberian daripada Kourtney, saya rasa ia sangat comel. Saya agak terkejut kerana berasakan Kourtney tidak begitu peduli tentang hadiah Hari Natal. Jadi apabila dia menghadiahkan beg ini kepada saya, ia terasa begitu istimewa,” katanya.
“Sudah tentu saya akan mewariskan beg ini kepada Stormi satu hari nati, mungkin apabila dia sudah pandai berkata, ‘Ibu, saya mahu bawa beg tangan.’”