Koleksi Zayn Malik x Versus Versace Akhirnya Bakal Dilancarkan - Glam Malaysia

Koleksi Zayn Malik x Versus Versace Akhirnya Bakal Dilancarkan

Foto: Versus Versace/Gigi Hadid

Koleksi kapsul kolaborasi Zayn Malik x Versus Versace akhirnya diberikan tarikh pelancaran and it’s very soon!

 

Bekas ahli boyband One Direction itu membawa ke Instagram untuk membuat pengumuman ekslusif ini dengan sebuah video pendek yang disertakan bersama kapsyen yang pendek: 19.06 #zaynxversus.

 

Message received.

 

Melalui video itu juga mereka yang berminat dengan koleksi tersebut boleh melihat beberapa ceraian yang ditampilkan dalam koleksi tersebut seperti jeans, crop tops, jaket, sepatu tumit tinggi dan juga stail yang lazim dengan Malik sendiri, hoodies.

 

Apa yang nyata adalah pilihan rona warna untuk koleksi ini bermain dengan rona warna monoton hitam dan putih.

 

Kolaborasi #zaynxversus ini diumumkan pada Oktober lalu selepas teman wanita Malik, Gigi Hadid, sendiri memperkenalkan Malik kepada Donatella Versace. Versace merasa kagum dengan pembawakan diri Malik menyebabkan dia membuat keputusan untuk mengambil Malik sebagai muka Versus Versace.

 

See also
GLAM x COACH 2017

Ini merupakan cubaan pertama Malik memainkan peranan secara kreatif untuk Versus Versace.

 

19.06 #zaynxversus

A post shared by Zayn Malik (@zayn) on