Koleksi Tiffany & Co. Memperkenalkan Kempen Tiffany Lock Baru

Kempen Tiffany & Co. Baru Dibintangi Oleh Rosé & Jimin

Kilauannya unggul berkekalan! Jenama terkenal Tiffany & Co. mengumumkan kempen baru koleksi Tiffany & Co. Tiffany Lock yang menampilkan bintang-bintang terkenal Rosé dari BLACKPINK, Jimin dari BTS, penyanyi Nancy Ajram dan pelakon Florence Pugh.

Kehadiran Florence Pugh dalam kempen ini juga menyaksikan legasinya sebagai duta Tiffany & Co. baru. Kempen ini meraikan ikon cinta bahkan setiap bintang dalam kempen ini memakai loket, cincin anting-anting serta gelang koleksi reka bentuk Lock terbaru. Setiap rekaan menjadi simbol ikatan yang kukuh selama-lamanya.

Koleksi Tiffany & Co. Memperkenalkan Kempen Tiffany Lock Baru

Kiri: Florence Pugh, Kanan: Nancy Ajram

“Kami teruja untuk mempamerkan ekspresi baharu motif Tiffany Lock,” ujar Alexandre Arnault, Naib Presiden Eksekutif, Produk dan Komunikasi, Tiffany & Co.

Tambahnya lagi, “Duta kami mempamerkan rekaan baharu dalam kempen yang berteraskan idea cinta, yang menjadi teras kepada DNA jenama kami sejak penubuhan kami pada tahun 1837.”

Koleksi Tiffany & Co. Memperkenalkan Kempen Tiffany Lock Baru

Kiri: Rosé , Kanan: Jimin

 

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Koleksi Tiffany & Co. Terkini

Mengambil inspirasi daripada arkib dari tahun 1883, koleksi Tiffany Lock hadir sebagai ekspresi rekaan dan ketukangan tiada bandingan buat jenama terkenal ini. Sesuai untuk semua, koleksi ini menampilkan aksesori mewah anting-anting, loket, cincin dan gelang dengan siluet yang anggun dan moden.

See also
Kos Perbelanjaan Sekolah Puteri Charlotte Mengejutkan Orang Ramai

Aksesori ini pastinya hadir dengan berlian signatur Tiffany & Co dan hadir dalam emas putih, emas kuning dan emas ros 18k yang dihiasi dengan berlian pavé yang mempamerkan keindahan dan ketukangan precise dan teliti.

Malah Tiffany & Co. turut memberi penghormatan kepada warisan terkenal mereka dengan memperkenalkan gelang Lock baru dalam emas putih 18k dengan separuh berlian pavé dan separuh berlian baguette. Pastinya ini bakal menjadi dambaan fashionista yang inginkan aksesori sleek dan menawan.

Kempen Tiffany Lock kini didapati di kedai Tiffany & Co. di seluruh dunia dan di Tiffany.com.

Artikel Berkaitan: Ada Apa Dengan Tiffany, Andy dan Hailey?