Kolaborasi Terbaru Edisi Terhad Tiffany & Co. Ibarat Seni
Jenama barang kemas terkenal dengan potongan berlian mereka dan juga warna biru ikonik mereka, Tiffany & Co. baru sahaja melancarkan koleksi kolaborasi antara mereka dan pereka barang kemas Eddie Borgo.
Di bawah arahan pengarah pereka Tiffany & Co. Francesca Amfitheatrof, mereka telah menghasilkan tujuh bentuk barang kemas untuk koleksi ini yang diinspirasikan oleh seni Greek dan pada masa yang sama memberi penghormatan kepada pengasas New York’s Whitney Museum of American Art, Gertrude Vanderbilt Whitney.
Francesca menyatakan bahawa Eddie telah mengabungkan gayanya yang agak edgy dengan unsur klasisisme dan menghasilkan sesuatu yang baru.
“Kami punyai satu legasi di mana kami mencari kecantikan dan inovasi, jadi kolaborasi seperti ini — di mana kami bekerjasama dengan pereka-pereka yang mempunyai pandangan yang tertentu — menghasilka rekaan yang unik dan segar.”