Use your ← → (arrow) keys to browse
5. 80’s Power Dressing
Bukan sahaja diperagakan oleh jenama terkenal seperti Saint Laurent buat koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025, malahan turut banyak diperlihatkan ramai selebriti memadukan trend ini termasuk Nicole Kidman, Ariana Grande serta Bella Hadid. Trend sut wanita telah mencetus fenomena yang mencuri tumpuan, membawa kembali era 80-an ke zaman kini. Ia memberi sentuhan feminin maskulin yang nyata sesuai buat penata gaya wanita chic dan cool.
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.