Use your ← → (arrow) keys to browse
Paris Couture Week sekali lagi memegun, memukau, dan memikat hati ramai dengan setiap satu koleksi yang dipersembahkan hasil titik peluh couturier terhormat yang menyalurkan jiwa dan raga mereka ke dalam koleksi kali ini. Sebelum melabuhkan tirai Minggu Adi Busana Paris Spring 2018 secara rasmi, kita tidak boleh lupakan juga mereka yang tidak ketinggalan untuk menggunakan peluang ini dan mempamerkan gaya paling menawan mereka untuk tatapan ramai. Klik seterusnya untuk melihat gaya-gaya jalanan himpunan GLAM.