Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York
Industri-industri besar mula menyuarakan pendapat mereka mengenai beberapa polisi yang sudah ataupun akan diimplementasikan oleh Trump dan barisan kabinetnya. Ini termasuklah dunia fesyen.
Nama-nama besar dalam industri fesyen juga mula menyuarakan pendapat mereka dari mula lagi akan tetapi suara mereka dilihat seperti tidak cukup kuat oleh khalayak umum.
Seakan menyahut cabaran, pereka-pereka fesyen mengambil peluang bersempena Minggu Fesyen New York untuk mempamerkan pendirian mereka terhadap pemerintahan Presiden Trump.
Walaupun ini bukanlah perkara luar biasa untuk pereka-pereka menggunakan pentas peragaan mereka untuk membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara (ingat kembali t-shirt “We Should All Be Feminists” Maria Chiuri).
Kali ini dengan kerjasama CFDA bersama pereka-pereka yang ada untuk Minggu Fesyen New York akan memberikan pin merah jambu kepada mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Planned Parenthood.