Kenapa Kanye West Membatalkan Yeezy Season 6 Untuk NYFW? - Glam Malaysia

Kenapa Kanye West Membatalkan Yeezy Season 6 Untuk NYFW?

Untuk lima musim berturut-turut Kanye West telah memberikan New York Fashion Week sesuatu yang baru dengan Yeezy melalui strategi persembahannya dan juga kontroversi yang menyelubungi jenamanya. Namun untuk NYFW yang akan bermula ini, Yeezy tidak akan mempersembahkan koleksi S/S 2018 mereka.

 

Kanye West sewaktu Yeezy Season 3

Pengumuman ini telah dibuat oleh wakil daripada Redken yang telah bertanggungjawab untuk setiap beauty look pertunjukan koleksi Yeezy untuk musim yang lepas dan mereka tidak menyatakan banyak perkara, hanya “ia tidak akan berlangsung lagi,” tanpa sebarang penjelasan kepada BoF.

 

Keputusan mengejut seperti ini bukanlah perkara baru buat West. Ingat lagi insiden sewaktu konsert jelajah “The Life of Pablo?” Jadi keputusannya ini tidak sukar untuk difahami sebenarnya.

 

Yeezy yang dipersembahkan buat pertama kali pada tahun 2015 merupakan usaha West dengan sokongan Adidas yang mendapat sambutan yang agak bercampur pendapatnya daripada indsutri. But we’re gonna kinda miss Yeezy this year though.

 

See also
Inspirasi Gaya Field Sneakers

Tambahan pula West dan isterinya Kim Kardashian West juga kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata ketiga mereka melalui khidmat ibu tumpangan yang dijangkakan akan tiba tidak lama lagi.