Kenali Enam Koleksi FOPE Yang Melengkapkan Gaya Shalma Ainaa - Page 4 of 6 - Glam Malaysia

Kenali Enam Koleksi FOPE Yang Melengkapkan Gaya Shalma Ainaa

FOPE percaya yang barang kemas itu bukan hanya perlu dipakai pada waktu penting sahaja. Ia selayaknya dipakai untuk setiap hari lalu menambah gaya mewah wanita. Mereka ini tidak hanya terhenti pada satu paksi. Ketua Pegawai Pemasaran FOPE, Marilisa Teatini Cazzola, menyifatkan wanita FOPE yang terbaru adalah gaya wanita yang sentiasa berubah, memahami pelbagai budaya dan bersifat universal.

https://www.instagram.com/p/CbZvNwiJp5O/

Selayaknya dilahirkan karakter ini pada Shalma Ainaa. Bukan sahaja berjaya menjadi pengacara bebas, dia juga bangga membina jenama fesyennya; Shals yang sudah sedekad usianya. GLAM rakamkan Shalma dalam lilitan barang kemas FOPE yang punya jiwa dari gaya kasual hingga ke acara malam.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

THE VENDÔME COLLECTION

fope

Rekaan koleksi Vendôme mencuri perhatian bersama tatahan batu permata. Diiringi dengan berlian potongan princess dan baguette serta diserikan permata nilam juga delima untuk meningkatkan rasa mewah. FOPE juga mendapatkan inspirasi daripada gaya Art Deco buat koleksi mewah ini.