Tiada tempat yang lebih indah daripada kota cinta Paris dan tiada jenama seperti Dior. GLAM cukup teruja dengan kempen terbaru Lady Dior daripada jenama unggul ini yang mengetengahkan Marion Cotillard.
Aktres Perancis yang pernah menjulang trofi Oscar itu, boleh dilihat dalam klip video behind the scene di bawah sambil menggayakan beg ikonik Dior. Bezanya kali ini, beg tersebut memiliki sentuhan berbeza dengan tali bersulam kristal. Hasilnya ialah sentuhan stail moden yang chic dengan gabungan gaya klasik Paris. Saksikan momen menarik video di sebalik tabir daripada penggambaran tersebut di bawah.