Kempen RTW Musim Bunga 2017 Dior mengikut visi pengarah artistik baru jenama tersebut Maria Grazia Chiuri nampaknya sekali bakal menarik perhatian khalayak umum yang peka dengan kejadian sekililing.
Foto: Brigitte Lacombe
Bagi kempen terbaru ini Maria menampilkan kembar Ruth BelldanMay Bell dengan bantuan jurufoto Brigitte Lacombe untuk menyampaikan nilai-nilai feminis yang terdapat dalam jenama Dior dengan menampilkan perbezaan yang ada pada Ruth dan May. Idea ini untuk memberitahu khalayak bahawa konsep feminin yang sering dikotakkan sebagai konsep yang satu dimensi adalah tidak benar.
Foto: Brigitte Lacombe
“Saya berusaha untuk menumpukan perhatian dan terbuka kepada dunia ini untuk menghasilkan fesyen yang melambangkan wanita-wanita hari ini. Fesyen yang sepadan dengan perubahan keperluan mereka, dibebaskan daripada stereotaip ‘maskulin/feminin,’ ’muda/tidak muda,’ ’alasan/emosi,’ di mana ianya sebenarnya menjadi aspek-aspek yang boleh melengkapkan,” terang Maria.
Foto: Brigitte Lacombe
Konsep yang digunakan untuk kembar Bell ini adalah sebahagian daripada projek yang lebih besar bertajuk ‘The Women Behind The Lens’ sebuah album kompilasi oleh beberapa orang wanita dan visi mereka terhadap koleksi ini.