Kempen Istimewa Zadig & Voltaire Dibintangi Bella dan Anwar Hadid
Bersempena dengan ulangtahun ke-20 Zadig & Voltaire, jenama fesyen Perancis ini telah menampilkan dua daripada tiga adik-beradik Hadid, Bella dan Anwar, untuk kempen musim bunga 2017 mereka.
Ini merupakan taktik yang digunakan oleh banyak jenama besar dalam industri fesyen kerana populariti adik-beradik Hadid ini bukan calang-calang biasa.
Dalam foto-foto ini boleh dilihat Bella dan Anwar menggayakan beberapa ceraiain daripada koleksi musim bunga 2017 Zadig & Voltaire ini dengan gaya mereka yang ranggi dan kasual.
Selain Bella dan Anwar, jenama ini juga turut menampilkan dua gadis Perancis yang telah menempa nama di Perancis: DJ Clara 3000 dan juga model Vara Van Erp.