Kempen Fesyen Yang Menyinari Tahun Baru Lunar 2025 - Glam Malaysia

Kempen Fesyen Yang Menyinari Tahun Baru Lunar 2025

Walau menjadi suatu kewajiban disambut dengan penuh meriah dan gemilang, Tahun Baru Lunar merupakan antara musim perayaan yang amat dinanti-nantikan! Raikan musim ini dengan deretan jenama fesyen terkenal yang menghadirkan koleksi CNY dengan penuh gaya.

Bersempena menyambut Tahun Baru Lunar atau ‘tahun ular’ buat 2025 kali ini, rumah-rumah fesyen mengetengah dan menginjek sifat reptilia ini ke dalam konsep koleksi kempen. Kemakmuran dan gaya digabungkan dengan sesuai, membangkitkan keanggunan, kebijaksanaan serta keyakinan yang tampil berani. Walaupun rona merah sering kali diklasifikasikan ‘bertuah’, reka bentuk tahun ini juga banyak memberikan label fesyen dalam meneroka palet yang lebih luas. Sebagai contoh, menggabungkan warna seperti biru, merah jambu dan emas yang nyata bertenaga dan turut serta mencerminkan rona cyan yang dikaitkan dengan ular kayu. Jom ikuti kempen koleksi Tahun Baru Lunar oleh jenama-jenama fesyen terkenal.

Koleksi Kempen Fesyen Tahun Baru Lunar 2025 Untuk Diterokai

1. Prada

“We, The Snake” merupakan kempen terbaharu Prada sempena Tahun Baru Lunar, membawa konsep sebagai penghormatan artistik jenama ini kepada transformasi zodiak ular. Ferdinando menghadirkan kempen dengan satu siri siluet manusia yang saling berkaitan, mencerminkan lengkungan haiwan zodiak yang berliku-liku. Koleksi eksklusif ini mempamerkan himpunan item fesyen seperti tas tangan dengan perincian reka bentuk pemegang atas kulit bersama butiran keemasan. Prada turut memperkenalkan versi rekaan semula logonya, mengubah huruf klasiknya menjadi bentuk kepala dan ekor ular yang tampil ikonik.

See also
GLAM FIRST: DIOR MUSIM LURUH 2021

2. Dior

Maria Grazia Chiuri mencuri perhatian dengan koleksi cakerawala Dior untuk Tahun Ular. Terinspirasi oleh pesona Monsieur Dior dengan seni ramalan, koleksi ini menampilkan motif Dior Astral dalam versi yang berkilauan. Sementara itu, jam tangan Dior Grand Soir bersatu dengan misteri ular yang nyata artistik. Setiap potongan menghormati intuisi serta ketahanan, merayakan haiwan zodiak yang membawa konsep memahami kekuatan dan ketenangan.

3. Fendi

Koleksi Tahun Baru Lunar Fendi menggabungkan elemen unik dalam reka bentuk “Fendi Eyes” yang ikonik. Dihiasi dengan perincian menawan serta warna-warna cerah, kempen musim ini yang dibintangi oleh Friend of the House Cheng Xiao menyajikan kesederhanaan yang penuh keceriaan melalui item fesyen Fendi yang istimewa.

4. Burberry

Jenama Burberry mengubah semula corak cek ikoniknya untuk Tahun Ular kali ini dengan menambahkan motif “B snake” yang menjalar. Bekerjasama dengan artis China, Qian Lihuai, koleksi ini termasuk jaket trench, jersi pemisah, dan sembilan arca buluh yang memukau. Kempen ini menampilkan duta Zhang Jingyi yang menjadi wajah hadapan. Kapsul koleksi Burberry ini membuktikan bahawa tradisi dan inovasi dapat berpadu dalam keharmonian yang nyata sempurna.

See also
Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S '18

5. Roger Vivier

Roger Vivier menandakan Tahun Ular dengan Koleksi Tahun Baru Lunar 2025, menggabungkan reka bentuk elegan dan simbolisme ular. Edisi terhad termasuk gesper berkilauan dan kepingan moden seperti kasut Viv’ on the Run, diperlihatkan duta Allen Ren yang memadukannya. Koleksi ini juga menampilkan bayi Très Vivier merah dengan strap daisy, menawarkan gabungan keanggunan bermain untuk kedua-dua pakaian kasual dan perayaan. Direka oleh Gherardo Felloni, koleksi kempen ini juga menginjek rona merah terang yang diklafikasikan sebagai tanda kegembiraan, kemakmuran dan nasib baik untuk tahun mendatang.

Artikel Berkaitan: 7 Koleksi Baru Menjelang Tahun Baru Cina 2024