Kempen Balenciaga Winter 25 - Glam Malaysia

Kempen Balenciaga Winter 25

Kempen Balenciaga Musim Sejuk 2025 menyatukan keanggunan couture dan estetika sinematik dalam gaya intim yang merentasi generasi dan identiti, dengan tampilan selebriti terkemuka seperti Nicole Kidman, Isabelle Huppert dan ramai lagi.

Balenciaga kembali mencabar norma dengan kempen Musim Sejuk 2025, menyingkap sisi peribadi dan berlapis dalam dunia fesyen kontemporari. Disunting dari lensa Juergen Teller bersama pasangan kreatifnya, Dovile, kempen ini mengangkat naratif couture yang lebih dekat dengan realiti. Di mana, ia diperlihatkan bukan melalui pentas gah, tetapi dalam latar hotel klasik di Biarritz, yang penuh warisan dan nuansa intim.

Kempen Balenciaga Winter 25, Apabila Couture Bertemu Karakter Sebenar

Barisan wajah yang menghiasi kempen ini bukan sekadar selebriti, mereka adalah barisan suara dan karakter yang mencerminkan pelbagai generasi dan definisi keanggunan. Dari kehadiran Nicole Kidman dan Isabelle Huppert yang membawa aura klasik Hollywood, hinggalah kepada Claudia Schiffer, Patrick Schwarzenegger serta wajah-wajah global seperti Liu Wen dan Adut, setiap satu membawa dimensi berbeza kepada koleksi ini. Mereka tidak hanya menyarung pakaian, tetapi mempersembahkan identiti dalam gaya yang berkarakter, tersendiri dan autentik.

See also
Laporan Fesyen: Bare Shoulder

 

Koleksi Winter 25 kali ini menampilkan pertembungan yang menarik antara elemen klasik dan moden, antara seni tukangan couture dengan suntikan kolaborasi bersama jenama sukan global seperti PUMA. Potongan-potongan bertenaga tinggi berdampingan dengan siluet minimalis, mewujudkan kontras visual yang dirakam secara sinis dan bersahaja. Lantas, membuktikan bahawa kemewahan tidak semestinya perlu dipersembahkan dalam bentuk berkilau, tetapi cukup melalui penceritaan yang tulen.

 

Antara sorotan kempen termasuk beg Rodeo dan Le City dalam balutan suede berlilin serta shearling, memberi tekstur dan kehangatan musim sejuk yang penuh karakter. Rekaan kasut seperti Hamptons Sneaker dan Bel Air Flat Ballerina pula menambah sisi kasual yang chic, menyempurnakan naratif koleksi ini sebagai satu seleksi untuk wanita dan lelaki moden yang bebas dan berani. Koleksi Balenciaga oleh Demna ini sekadar menawarkan gaya, tetapi sebuah potret sosial tentang apa ertinya menjadi individu dalam dunia fesyen hari ini.

Artikel Berkaitan: Gabungan Avant-Garde Dan Atletisme, Buat Koleksi Balenciaga x Puma

See also
#ApaSiapaDiMana: PP Krit, Scha Alyahya & Ramai Lagi Di Butik Balenciaga, TRX

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.