Kembali Berpelesir, Bebas Bersama La Vacanza 2022 - Glam Malaysia

Kembali Berpelesir, Bebas Bersama La Vacanza 2022

PANORAMA LAUT BIRU TERBENTANG LUAS MENGGAMBARKAN NUANSA CERAH DESTINASI LIBURAN TEPIAN PANTAI. PERINDAHKAN GAYA KEMBARA DENGAN PADANAN KOLEKSI VERSACE LA VACANZA 2022. 

Iris Law membintangi kempen Versace pertamanya dengan satu siri imej bernuansa terang dan hangat hasil bidikan jurugambar Camille Summers-Valli. Mengisahkan percutian pantai secara berkumpulan dipadu dengan keseronokan penuh tenaga merefleksi sepenuhnya gaya hidup percutian Versace, mencerminkan gaya musim panas terkini yang bertenaga. 

Cetakan Barocco meliputi seluruh rangkaian bikini, baju sutera dan seluar renang, manakala selendang sutera bercetak diikat pada beg bakul rotan La Medusa baharu. Beg tote kanvas saiz medium menampilkan logo Versace dan plak Medusa dalam ton warna merah menyala, kuning dan biru DV, dan merupakan gaya yang versatil untuk penampilan di pantai dan lain-lain. 

Beg mini La Medusa dihadirkan dalam rona pop, berbentuk mini yang tentu sahaja menyerlahkan penampilan. Sandal wanita dan lelaki direka sama terang dan berwarna-warna. Aksesori kulit dilengkapi dengan tapak getah bersifat ringan dan dihiasi Medusa Biggie dengan kemasan emas, manakala sandal Medusa Dimension yang inovatif diperbuat daripada getah yang dibentuk dengan Baroque. 

See also
Momen Fesyen Di Atas Karpet Merah Cannes Film Festival 2017

Koleksi ini mengusung kebebasan bereksperimen yang tidak kenal waktu, seiring kita mencuba untuk mengembalikan indahnya waktu percutian.