Keindahan Via Condotti Muncul Di Butik Bvlgari - Glam Malaysia

Keindahan Via Condotti Muncul Di Butik Bvlgari

Meniti hari-hari terakhir tahun 2020 dengan semangat yang lebih tinggi. Untuk memperingati momen indah-indah belaka mungkin boleh jadikan hadiah sebagai simbol bermakna. Usah hanya inginkan sesuatu yang kecil. Cuba luaskan lagi cita dan impianmu dengan keinginan yang mewah dan bold! Inilah masa terbaik untuknya. Mencari hadiah yang sempurna untuk menyimpul kenangan 2020. Lanjutkan pada Bvlgari kerana di sini ada semuanya, untuk apa juga cita hatimu serta keinginan yang satu itu. Lebih mudah, Bvlgari sediakan khidmat mencari hadiah terbaik kena dengan momen, juga penerima.

Melalui kempen More Than A Wish daripada Bvlgari ini menyaksikan satu misi dalam merungkai impian yang lebih light-hearted. Emosi yang dipertaruhkan kali ini cukup bebas bersama jiwa lebih optimistik. Masih menjadikan Rom sebagai sumber ideanya, kempen ini tidak dapat lari daripada kemegahan persekitarannya. Bagaikan ada semangat yang berkobar dalam menjiwai sambutan akhir tahun bersama momen hadiah yang indah. Inikan masa yang perlu anda ‘percaya’ pada magik! Lirikkan senyuman pada bibir yang tersayang dengan hadiah-hadiah bermakna. Untuk si jejaka mungkin taruhannya adalah jam tangan Octo Roma dengan tali bermaterial kulit buaya. Kekasihnya pula berkerlipan dalam jam tangan sarat berlian Serpenti Seduttori.

Lagi menambah semarak menyambut tahun baru, tiga butik utama Bvlgari di Pavilion, The Gardens Mall dan Suria KLCC sedang melancarkan beberapa aktiviti unik. GLAM singgah ke butiknya di Pavilion, Kuala Lumpur dan melangkah masuk dijemput dengan aroma gelato wangi. Di satu ruang pojok, ada basikal menyediakan gelato segar! Sambil mata menikmati berlian indah, lidah juga sempat dijamu dengan gelato berperisa segar! Sungguh menggamit rasa klasik Itali. Naik pula ke tingkat atas, pasti mata terpana melihat satu pepintu tersusun seakan merupai butik utama Bvlgari di Via Condotti, Rome! Setiap pepintu ini pula diisi dengan pelbagai hadiah menarik. Ada bekas kulit, lilin dan juga aneka coklat yang dibungkus cantik. Cukup sesuai dengan semangat menyambut tahun baru. Aktiviti santai ini akan berlangsung sehingga 10 Januari 2021. Bawa azam baru bersama berlian terbaik di Bvlgari!

See also
Perhiasan Barang Kemas di Hamparan Merah 2015
Via Condotti
Gelato Bvlgari Cart
Via Condotti
Pepintu yang mirip facade butik Bvlgari di Via Condotti
Via Condotti