Elie Saab Persembahkan Karya Agung di Arab Saudi - Glam Malaysia

Elie Saab Persembahkan Karya Agung di Arab Saudi

Gemerlap, glamor, dan magis! Sambutan ulang tahun ke-45 Elie Saab Haute Couture di Riyadh, gemparan pesta fesyen bersama selebriti terkemuka. 

Majlis megah The 1001 Seasons of Elie Saab dihadiri seramai 900 tetamu bersama 90 model yang menggegarkan pentas pertunjukan fesyen dengan 300 koleksi. Elie Saab benar-benar memberikan usaha penuh gemilang untuk merayakan ulang tahun ke-45 jenama eponimnya di Riyadh, Arab Saudi. Suasana malam bagaikan Anugerah Oscar yang dibanjiri selebriti tempatan dan pempengaruh mengenakan busana serba glamor sepenuhnya di atas karpet merah. Acara yang dipenuhi dengan karya air tangan Ellie Saab pakaian haute couture berkilau seakan-akan dapat menandingi kemegahan Hall of Mirrors di Versailles.

Malam Extravaganza Menyulami Pertunjukan Fesyen Haute Couture Elie Saab

Elie Saab

Pertunjukan yang dibahagikan kepada empat babak tematik ini menyajikan sebuah produksi gaya Broadway yang dihiasi dengan persembahan langsung daripada Jennifer Lopez yang penuh semangat, mengenakan bodysuit bertaburan fringe kecil seperti gaya Liza Minnelli, serta Camila Cabello yang memukau dalam mini gaun bertaburan manik berkilauan, digandingkan dengan but tinggi yang serasi. Acara yang penuh keajaiban ini mencapai kemuncaknya apabila Celine Dion muncul dengan anggun. Mengenakan selendang chiffon yang penuh dengan emas bersinar, dipadankan dengan gaun mermaid yang menawan, beliau memukau hadirin dengan nyanyian penuh emosi dengan lagu “The Power of Love” dan “I’m Alive” yang menggugah jiwa.

See also
Celine Dion Batal Konsert Jelajah Disebabkan Masalah Kesihatan Serius

Barisan selebriti termasuk Carine Roitfeld, Monica Bellucci, Rosie Huntington-Whiteley, Poppy Delevingne, dan Kelly Rutherford, manakala nama-nama seperti Helena Christensen, Candice Swanepoel, Alek Wek, Eva Herzigova, Jourdan Dunn, dan Adriana Lima memperagakan koleksi di pentas peragaan.

Elie Saab

Jennifer Lopez

Elie Saab

Camila Cabello

Celine Dion

Gaun Oscar Lagendari Halle Berry

Mempersembahkan lebih daripada 300 rekaan, acara pesona ini meraikan hampir lima dekad hasil karya Elie Saab menampilkan pertunjukan fesyen yang cukup besar. Banyak busana baharu yang memukau membuat penampilan sulung, namun detik yang paling mencuri tumpuan adalah kemunculan semula busana ikonik daripada arkib adalah gaun yang dipakai Halle Berry semasa Anugerah Akademi 2002. Bintang Monster’s Ball mencipta sejarah sebagai wanita kulit hitam manis pertama yang memenangi Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Elie Saab

Elie Saab

Nafas haute couture dihidupkan semula pada malam megah The 1001 Seasons of Elie Saab dari koleksi arkib penuh tafsiran sempurna karya beliau, dengan gaun dewi yang mengalir indah, dihiasi bulu-bulu mewah, draping yang memikat, dan tentunya, gemerlap glamour yang tidak terperi. Barisan supermodel terkenal termasuk Isabeli Fontana, Candice Swanepoel, Adriana Lima, Sara Sampaio, dan ramai lagi menghiasi pentas peragaan.

See also
Senarai Selebriti A-List Menawan Yang Berketurunan Kacukan

Artikel Berkaitan: Margaux Bag The Row Pelaburan Tas Tangan Klasik Warisan Masa Depan