Kate Moss Terus Mendominasi Arena Fesyen Global! - Glam Malaysia

Kate Moss Terus Mendominasi Arena Fesyen Global!

Supermodel British Kate Moss menyambut ulang tahun ke-50—dan dia masih kekal sebagai ikon budaya seperti ketika pertama kali mencuri perhatian lebih tiga dekad lalu.

Dilahirkan di South London, Moss ditemui oleh seorang ejen model terkenal pada usia 14 tahun dan mula muncul dalam majalah serta iklan ketika berusia 16 tahun. Kini, saat beliau meraikan ulang tahun pentingnya, tidak sukar untuk melihat mengapa Moss masih dihormati sebagai bintang kegemaran Vogue. “Dia hanyalah seorang gadis yakin dari Croydon,” kenang jurugambar Corinne Day, yang merakam Moss untuk muka depan Vogue pertamanya pada Mac 1993. “Dia bukan seperti model biasa… tetapi saya tahu dia akan menjadi terkenal.”

Sejurus selepas itu, Moss melonjak ke kemasyhuran global, dengan penampilan kurus dan berwajah polos yang menjadi simbol kepada trend fesyen terkenal era 1990-an, “heroin chic” suatu gaya yang berkontras dengan keanggunan glamor model terkenal lain seperti Cindy Crawford, Naomi Campbell, dan Claudia Schiffer. Tidak lama kemudian, Moss menjadi wajah utama bagi kempen fesyen mewah termasuk Burberry, Chanel, dan Calvin Klein.

See also
Kendall dan Gigi: It-girls Kini

Lebih Dari Sekadar Supermodel

Sepanjang kerjayanya yang panjang dan penuh kejayaan, Moss telah muncul di lebih 40 muka depan British Vogue. Namun, bukan hanya foto-foto editorialnya yang menarik perhatian ramai gaya peribadinya di luar pentas peragaan juga menjadi tumpuan. Kepekaannya terhadap fesyen vintaj dan keupayaan semula jadi untuk menyusun penampilan unik menjadikan Moss sebagai ikon gaya global yang sering disebut-sebut.

Moss juga pernah berada dalam senarai model dengan bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes. Sejak bersara dari pentas peragaan pada 2004, dia telah menubuhkan agensi modelnya sendiri serta jenama kesihatan dan kecantikan peribadinya, Cosmoss. Sebagai seorang legenda dalam dunia fesyen, Kate Moss terus memberi inspirasi dan membuktikan bahawa gaya dan daya tarikan sejati tidak pernah pudar. GLAM bariskan wajah kempen yang dihiasi oleh Supermodel dunia ini untuk musim bunga/panas 2025!

KATE MOSS ELISABETTA FRANCHI

KATE MOSS DONNA KARAN NEW YORK

KATE MOSS ISABEL MARANT

Artikel Berkaitan: Kate Moss Cuba Haluan Kerjaya Baharu?

See also
Dior Melangkaui Batasan Feminin Dengan Interpretasi Baru