Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel - Page 8 of 11

Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel

Sejak dia mengambil alih arahan kreatif di Chanel pada tahun 1983, Karl Lagerfeld telah membantu meneruskan legasi dan visi Chanel. Namun itu tidak menghalang Lagerfeld daripada memberi sentuhannya sendiri.

Terkenal dengan keberanian visinya, pendekatan Lagerfeld kadangkala sukar untuk ditelan oleh segelintir masyarakat dunia fesyen. Sepanjang Lagerfeld berkhidmat di Chanel, hingga ke nafas terakhirnya, dia sering membuat pendedahan mengejutkan sewaktu pertunjukan fesyen itu sendiri. Membuatkan orang ramai berfikir, "What would Coco Chanel say about this?"

 

GLAM himpunkan detik-detik penuh kontroversi Karl Lagerfeld sepanjang dia berkhidmat untuk House of Chanel.

8 of 11

Chanel Fall/Winter 2010

Selain koleksi yang menawan, apa yang mencuri perhatian ramai adalah aisberg berukuran 30 kaki dan 265 tan yang diimport dari Sweden. Proses tersebut memakan masa enam hari dan mengekalkan suhu pada 25 darjah Farenheit untuk dibawa ke Paris.