Karl Lagerfeld Beri Sensasi Gaya Berseni Moden - Glam Malaysia
karl

Karl Lagerfeld Beri Sensasi Gaya Berseni Moden

Salah satu karakter yang semua maklum, mendiang Karl Lagerfeld cukup obses dengan masa hadapan. Dia selalu habiskan masa bermain idea dengan kisah fesyen bernyawakan masa hadapan. Maka, melalui koleksi musim bunga 2021 buat himpunan lelaki dan wanitanya bermain dengan seni bersifat futuristik. Pasukan kreatif di Karl cuba menzahirkan bagaimana kesan digital moden dalam penataan gaya. 

Di gerobok koleksi fesyen wanita, Karl Lagerfeld terus menyuntik gaya maskulin sedikit pada stail wanita. Gabungan maskulin berlawan feminin ini jelas pada siluet dress kemeja yang diperbuat menggunakan fabrik sutera cukup anggun. Potongan lengan diberi penegasan utama. Lantas terhimpun pilihan lengan besar dan berbentuk belon.

Beralih pula fokus pada koleksi lelaki. Jenama moden ini terus menjulang tema masa hadapan yang sama dengan koleksi wanita. Rentak 80-an terus kuat terasa di koleksi lelaki. Dimana ia dibangkitkan melalui kemasan tekstur yang berkilat. Rona hitam dan putih sudah menjadi palet penting buat mendiang pereka fesyen terkenal ini.

See also
Who's That Girl? Kenali Siapa Fyza Kadir

Cuma kali ini, pasukan kreatif jenama ini memadukan bersama rona pastel seperti biru lembut, merah jambu dan oren. Seperti himpunan wanita, KARL DNA juga menjadi taruhan mereka dengan menggunakan abjad K dan L sebagai esen grafik. Semestinya ia datang dalam pilihan rona klasik hitam dan putih.

karl
karl

Mereka juga bangga dengan terlancarnya koleksi kapsul Karl Lagerfeld x Amber Valletta yang memberi fokus dalam penghasilan aksesori berteraskan kelestarian alam sekitar. Dibawah lembayung kolaborasi bersama supermodel ini yang juga seorang aktivis adalah beg edisi spesial K/Kushion yang menggunakan material yang tidak memberi impak pada alam sekitar. Juga, keuntungan daripada terjualnya koleksi K/Kushion ini bakal didermakan kepada The Ocean Cleanup. Beg K/Kushion ini mendapat ideanya daripada bantal yang sering dibawa oleh mendiang Karl Lagerfeld setiap kali dia kembara. Bantal itu dimiliki oleh Lagerfeld sejak dia masih kanak-kanak. Beg ini hadir dalam dua material yakni material berasaskan pokok kaktus yang dihasilkan oleh Desserto asal Mexico. Keduanya pula menggunakan 90 peratus fabrik kapas.

See also
'Walau Hanya 1 Babak'...Maya Karin Lebar Sayap Ke Hollywood Untuk Filem 'Alone'

Terokai koleksi penuh di butik flagship KARL LAGERFELD yang terletak di 2.69.03, Pavilion KL dan secara online di www.archiluxury.com.

Pautan Berkenaan: Karl Legerfeld 101: 11 Kejutan Karl Lagerfeld di Chanel