7 Watak Wanita K-Drama Dengan Gaya Fesyen Ikonik
Daripada tweed blazer ke gaun mewah, gaya fesyen yang ikonik akan sentiasa mendominasi industri K-drama lebih-lebih lagi buat peminat fesyen global hari ini.
Peminat K-drama bukan sahaja menantikan babak-babak yang romantik atau thrilling, mereka turut menantikan pilihan gaya fesyen yang bakal digayakan setiap pelakon lebih-lebih lagi menerusi watak wanita. GLAM ingin kongsikan 7 watak wanita K-Drama dengan gaya fesyen yang ikonik yang mungkin anda belum ketahuinya lagi!
#1 Hong Hae-in menggayakan ‘Baju Nenek’ (gelaran popular diberikan dalam drama ini)
Masih hangat di mulut peminat kdrama, drama Queen of Tears yang mendapat rating 24.8% di Korea Selatan ini tidak ketinggalan dengan fesyen mereka. Watak utama wanita Hong Hae-in yang diperankan oleh aktres Kim Ji-won kelihatan memakai Tweed Pattern Crystal Jacket daripada Chanel, yang juga ikonik digelar sebagai ‘baju nenek’ oleh Baek Hyun-woo, watak suami yang dilakonkan oleh pelakon nombor satu Korea, Kim Soo-hyun.
#2 Jang Man-wol dengan ‘Gaun Ungu’ Ikonik!
Watak Jang Man-wol yang dimainkan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan, IU, di dalam filem Hotel del Luna ini cukup mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja menerusi lakonan yang cukup mantap malah setiap episod menampilkan pelbagai gaya fesyen menarik dan penuh statement. Salah-satunya ialah gaun berwarna ungu yang digayakan wanita ini dan dipadankan bersama topi hitam yang stylish. Gaya ini sangat vintaj sehinggakan warna ungu langsung dijadikan warna ikon Jang Man-wol.
#3 Go Moon-young dengan gelaran ‘Pinggang Semut’
Watak utama wanita di dalam drama ‘It’s Okay to Not Be Okay’ yang dilakonkan oleh Seo Ye-ji ini turut mendapat perhatian peminat drama Korea seluruh dunia. Menerusi drama ini jugalah, Seo Ye-ji mendapat gelaran ‘pinggang semut’ oleh kerana saiz pinggangnya yang begitu kecil. Kami juga tidak dapat melupakan bagaimana wanita ini menggayakan set busana rona merah jambu hasil rekaan Kim Minju yang cukup ikonik malah menonjolkan lagi pinggang rampingnya itu.
#4 Yoon Se-ri Tampil Cukup Elegan
Drama ‘Crash Landing on You’ menemukan pasangan suami isteri Won Bin juga Son Ye-jin, dan semestinya menjadi bualan hangat semenjak drama ini dilancarkan pada tahun 2019-2020. Mengimbas kembali tentang drama ini dimana watak Yoon Se-ri yang dianggap sudah mati akibat kemalangan saat menaiki payung terjun, membuat penambilan kembali ke syarikat miliknya. Ketika itu, dia tampil memakai busana blazer berwarna putih dipadankan bersama tas tangan Longchamp medium Roseau berwarna hitam. Cukup elegan!
#5 Cheon Song-yi ‘Pertemuan Pertama’
Drama yang cukup popular langsung menjadi sebuah fenomena hebat buat industri drama Korea Selatan pada tahun 2013, ‘My Love From the Star’ merupakan antara drama terhebat pilihan GLAM abad ini. Watak Cheon Song-yi lakonan Jung Ji-hyun, sebagai seorang selebriti yang senantiasa tampil bergaya dalam apa jua situasi amat menambat hati para penonton. Di dalam babak di mana pertama kalinya Cheon Song-yi dan watak utama lelaki, Do Min-joon, bersua di dalam lif, ini masih kekal jelas di ingatan kami. Masakan tidak, gayanya yang menyarung jaket kulit bersama skirt dari Balmain serta ankle boots dari Jimmy Choo ini dianggap ikonik dan memberi impak kepada penonton sehingga ke hari ini.
#6 Do Do-hee dengan ‘Two-Piece Merah Jambu’
Di dalam episod pertama lagi sudah melihatkan gaya stylish para pelakonnya. K-drama tidak lain dan tidak bukan, malah cukup hangat tahun ini iaitu drama My Demon. Menampilkan pelakon wanita Kim Yoo-jung yang memegang watak Do Do-hee yang mengenakan busana yang cukup bergaya. Antara yang menarik perhatian ramai serta menjadi bualan peminat fesyen apabila melihat wanita ini mengenakan set two-piece tweed rona merah jambu daripada jenama Korea Selatan, DINT.
#7 Hong Cha-young tampil ‘Chic dan Lembut’
Memegang watak peguam membuatkan Hong Cha-young di dalam filem Vincenzo sentiasa tampil berpakaian hitam. Namun ia kelihatan sedikit berbeza apabila dapat melihat Hong Cha-young tampil mengenakan blazer berwarna merah jambu yang kemudian dipadankan bersama top satin berwarna krim. Ini membuatkan watak Hong Cha-young yang cukup cool tampak lebih lembut dan chic. Walaupunbegitu, tidak dinafikan watak yang dilakonkan oleh Jeon Yeo-bin ini sangatlah menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana. She’s our girl crush!