Dunia digital melahirkan ribuan influencer dan kali ini Glam mencari anda.

Pemenang Glam Next Face Berkongsi Pengalaman Kerjaya Modeling

Wanna be an Influencer?

 

Dunia digital yang semakin berkembang telah melahirkan ramai influencer daripada varian kerjaya baik hiburan termasuk kedoktoran dan juga ahli keselamatan. Pengaruh mereka bukan sedikit malah mampu mengubah pandangan masyarakat sekeliling.

 

 

Bermula 2017, Glam Next Face 3.0 kembali memeriahkan dunia peragaan dengan edisi influencer bagi menemukan wajah baru mewakili GLAM sebagai influencer kami. Pencarian buat 2019 kini bermula dan kami mengintai perkembangan terbaharu tiga pemenang sebelumnya.

 

Apakah perjalanan kehidupan tiga Glam Next Face (GNF) terdahulu? Selain berkongsi kehidupan selepas memenangi gelaran Glam Next Face, mereka turut berkongsi tip buat anda yang berniat mahu menyertai pertandingan kali ini.

 

Temui team GLAM di Ipoh pada 1 Dec jam 2pm di M Boutique Hotel dan di Pulau Pinang keesokan hari 2 Dec jam 2pm di Evergreen Laurel Hotel. 

 

NATASHA NOOR, PEMENANG GLAM NEXT FACE 2017

 

Kerjaya model saya bermula selepas GNF 2017 dan banyak saya pelajari daripadanya. Semua peserta GNF bersaing secara sihat dan lihatlah kami sekarang. Saya belajar untuk berjaya, kita harus tepati waktu ketika diupah bekerja, bertemu klien terutama menghadiri mesyuarat.

See also
Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret

 

Saya mula bertemu orang dan membina kenalan baharu, belajar tentang industri fesyen dan mendalami dunia belakang tabir pada semua acara. Saya keluar daripada zon selesa saya dan menyedari, bukan bentuk tubuh dan rupa paras sahaja tetapi peribadi dan disiplin sangat penting bagi seseorang bergelar model.

 

Setiap kesilapan saya perbaharui untuk memenuhi keperluan klien, jurugambar dan bersedia menerima setiap arahan. Keperluan asas perlu ada dan perbaharui diri setiap hari terutama sebelum bertemu klien baharu.

 

Pengalaman bersama GLAM seperti mimpi jadi kenyataan kerana saya berpeluang menjadi muka depan majalah. Saya berbesar hati dapat bekerja dengan team GLAM dan paling penting berada bersama mereka sangat menyeronokkan.

 

Bagi anda yang berniat menyertai GNF musim baharu, bersedia ketika hadir ke casting secara fizikal dan mental. Anda perlu tahu siapa idol anda, siapa model senior, mengenali personaliti fesyen dan penting tahu senarai pereka fesyen negara. Perlu tanamkan tekad dan tahu kemahuan sendiri. Tepati waktu! Practice, practice and practice! Lupakan ketakutan anda dan konfiden.

See also
GBC Eksklusif Backstage : Rossa, Another Journey The Beginning

 

SONIA NAIDU, PEMENANG GLAM NEXT FACE 2018

 

Kerjaya saya OK dan saya percaya GNF membawa saya ke level berikutnya di dalam industri fesyen di Malaysia. Dengan pendedahan diberikan GLAM, saya berpeluang bekerja dengan majalah terbesar Malaysia, pereka fesyen hebat dan di pentas peragaan.

 

Pengalaman menakjubkan menyertai GNF18 dan kini saya menjadi kawan baik dengan kebanyakan peserta lain. Paling penting, GLAM percaya apa saya mampu capai dan berterusan memberi saya peluang bekerja dengan pihak terbaik di dalam industri.

 

Kepada anda yang berniat menyertai GNF, jadilah diri anda ketika bertemu team GLAM. Saya cabar anda untuk lebih konfiden supaya perjalanan casting lebih lancar. All the best!

 

JOSEPHINE YEAP ZI QI, PEMENANG GLAM NEXT FACE 2018

 

Pengalaman bersama GNF paling menakjubkan dan tidak mungkin dilupakan. GNF adalah pertandingan model pertama saya sertai. Ketika mengetahui team GLAM akan berada di Pulau Pinang, saya nekad untuk ke casting. Saya masih ingat, perasaan berdebar ketika berada di luar kamar juri menunggu giliran. Saya buat terbaik dan gembira menerima maklum balas daripada juri.

See also
KKW x KYLIE Bakal Melancarkan Lip Kit Terbaru Dengan Formula Baru

 

Saya tidak menyangka langsung masuk ke Top 10 dan terpilih menjadi pemenang. Saya ketika itu merasakan kurang konfiden dan pengalaman. Terima kasih GLAM kerana membakar semangat dan membentuk saya ketika sesi video dan photo. I hope I made them proud.

 

Ketika membelek majalah, saya terkejut melihat sisi diri saya. I never knew that my face was versatile. Terima kasih kepada team GLAM dan keluarga.

 

Hari ini saya telah banyak terlibat dengan pentas peragaan, sesi photo dan semakin berani menampilkan diri. Saya berada di Penang Fashion Week, Kedah Fashion Week, Mercedes-Bens Fashion Week Kuala Lumpur, One Utama Fashion Week dan banyak lagi. Selain itu muncul di dalam lookbook pereka fesyen handalan tanah air. Kerjaya model saya berkembang seiring dengan beauty pageant dan saya menang beberapa gelaran.

 

Tip buat anda yang akan ke casting GNF19 akan datang, manjakan diri anda dan dapatkan tidur secukupnya agar kondisi diri ketika berdepan juri lebih bagus dan buat terbaik.