Jenama Kasut Toms Bakal Melancarkan Koleksi Pakaian - Glam Malaysia

Jenama Kasut Toms Bakal Melancarkan Koleksi Pakaian

011017-toms-and-other-stories

 

Jenama kasut Toms terkenal dengan rekaan kasut minimal mereka dan juga strategi pemasaran mereka di mana setiap pasang kasut yang dibeli, sepasang lagi akan didermakan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Baru-baru ini mereka mengumumkan Toms telah bekerjasama dengan peruncit  ternama & Other Stories dan bakal melancarkan koleksi ready-to-wear yang juga akan mendatangkan kebaikan seperti polisi jualan kasut mereka.

 

Untuk setiap helaian pakaian yang dijual, & Other Stories akan membiayai kelas bahasa Inggeris selama sebulan melalui Dana Biasiswa Wanita Magic Bus.

 

Dalam satu kenyataan, pengasas Toms Blake Mycoskie menyatakan:

“Saya merasakan & Other Stories mempunyai pandangan yang teguh mengenai nilai-nilai mereka dan itu merupakan perkara yang penting untuk sesiapa sahaja yang Toms akan berkolaborasi bersama. Giving Partners kami  termasuklah Magic Bus, merupakan adiwira sebenar dalam kisah Toms. Kami bekerjasama dengan lebih kurang 100 badan kebajikan serata dunia yang mengintegrasikan pemberian kami dalam program-program mereka. Kami tidak boleh melakukan apa yang kami lakukan tanpa mereka.”

Maklumat spesifik mengenai koleksi ini masih lagi belum diumumkan oleh Toms tetapi apa yang pasti adalah rupa dan gaya yang pembeli boleh nantikan adalah gaya kasual dan bersahaja California.

See also
Tengku Chanela Jamidah: "Setiap kali pergi bercuti, saya akan bergaya sakan!"

Kerana Toms telah memilih Venice Beach dan model yang berasal dari situ Erin Wasson untuk penggambaran koleksi pakaian mereka yang diambil oleh jurufoto Natalie Joos.

 

Koleksi kolaborasi Toms x & Other Stories boleh didapati pada musim bunga ini di kedai-kedai terpilih dan juga toms.com dan stories.com.